awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada mekanisme baharu untuk kemasukan ke sekolah asrama, pemilihan aliran

Israr Khalid
Israr Khalid
03/06/2022
23:00 MYT
Perlu ada mekanisme baharu untuk kemasukan ke sekolah asrama, pemilihan aliran
Sistem pendidikan negara hari ini dilihat sedang bergerak dari terlalu berorientasikan peperiksaan berpusat dengan pemansuhan PT3. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak wajar digunakan untuk tujuan kemasukan ke asrama mahupun pemilihan aliran pelajar supaya matlamat asalnya tidak dirosakkan.
Bagi penyelidik pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad, perlu ada mekanisme baharu untuk menetapkan kemasukan pelajar ke Tingkatan Empat susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Beliau berpendapat bahawa PBS perlu berdiri sendiri kerana matlamatnya bukan untuk tujuan masuk ke asrama atau pemilihan ke aliran sains, sastera atau lain-lain tetapi sebagai kayu ukur menilai perkembangan dan perkembangan pelajar dalam pembelajarannya.
“Jika ia (PBS) digunakan untuk tujuan itu, akan wujud keadaan di mana ada sekolah atau pihak yang akan cuba melakukan sesuatu terhadap penilaian itu dan akhirnya kita bimbang tidak telus.
“Kalau tidak kita akan kembali ke sejarah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di mana hasrat asalnya untuk mengukur tahap pencapaian murid-murid sekolah rendah sebelum masuk ke sekolah menengah.
“Tapi bila ia digunakan untuk kemasukan ke asrama, kita lihat persaingan, perlumbaan dan pelbagai lagi perkara berlaku yang tidak menjawab kepada matlamat sebenar pelaksanaannya,” katanya.
Tonton temu bual penuh bersama Anuar dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Perlu ada mekanisme baharu untuk kemasukan ke sekolah asrama, pemilihan aliran - Penyelidik pendidikan
Topic Berkaitan
#PT3
#PBS
#kemasukan pelajar
#Anuar Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan