NATIONAL
Perlu ada peralatan canggih untuk jejak penjenayah siber

Pihak polis perlu dibekalkan dengan peralatan teknologi canggih untuk menjejak penjenayah siber. Ini kerana jenayah siber seperti skim cepat kaya dalam talian dan ‘Love Scam’ yang menggunakan media sosial kian meningkat, dan melibatkan 593 kes penipuan menerusi laman web dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Nilai jumlah kerugian pula mencecah RM1.37 juta.
“Agak sukar untuk mengesan penjenayah siber. Mudah untuk mereka menyembunyikan identiti sebenar. Bagi pihak polis, kita memerlukan masa untuk mengenalpasti siapakah yang sebenarnya pemilik akaun Facebook itu,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
“Penjenayah siber ini merupakan orang yang mempunyai pembelajaran tinggi jadi agak sukar untuk menangkap mereka,” kata beliau.
“Jangan sesekali dedahkan password anda. Jangan gunakan nama dan nombor kad pengenalan untuk password. Jangan beli barang daripada orang yang tidak kita kenali atau daripada emel yang kita tidak minta,” tambah beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami