KUALA LUMPUR: Perlu ada keseimbangan antara tugas utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara daripada ancaman luar dan peranannya dalam membangunkan Kerjasama Awam dan Tentera (CIMIC), kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata ketika ATM sedang memperkemas tugas utamanya, pertimbangan sewajarnya juga diberikan untuk melaksanakan peranan keduanya dalam menangani cabaran keselamatan bukan tradisional yang dihadapi negara
Menurut Affendi, cabaran keselamatan bukan tradisional termasuk memerangi keganasan dan ekstremisme, jenayah rentas sempadan, lanun dan rompakan di laut, bantuan kemanusiaan dan bencana, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan jenayah siber.
CIMIC yang pertama kali diperkenal untuk menangani kebangkitan pengganas komunis pada 1950 di bawah Rancangan Briggs, berfungsi dalam rangka kerja pelbagai peringkat pada peringkat Persekutuan, negeri dan daerah untuk meneliti perkembangan kedua aspek keselamatan dan pembangunan, katanya ketika menjadi panel pada Forum Putrajaya 2020 bertajuk Evolution of Civil-Military Cooperation: Adapting to New Securities Realities di sini pada Selasa.
"ATM perlu terus menggaji pakar dalam CIMIC berkaitan dalam ancaman keselamatan moden. Selain itu, kita juga bukan sahaja perlu bersedia untuk mempersiapkan CIMIC di dalam negara tetapi juga di luar jangkauan agensi terlibat," katanya.
Ahli panel lain dalam forum itu ialah Panglima Angkatan Tentera Afrika Selatan Jen Rudzani Maphwanya dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan) HELP University Prof Datuk Zakaria Ahmad.
Affendi berkata adalah bernasib baik kerana kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara telah menyedari isu ini dan menanganinya secara giat.
Beliau berkata dengan cabaran keselamatan bukan tradisional yang semakin rumit dan pelbagai, modus operandi ATM CIMIC amat perlu dilihat semula secara berterusan.
Affendi berkata ATM telah menerima prinsip Kawalan Awam Ke Atas Tentera sejak penubuhannya dan kejayaan dalam menghadapi pelbagai ancaman keselamatan bukan tradisional boleh dikaitkan dengan rangka kerja CIMIC yang dinamik, holistik dan teruji oleh kakitangan profesional dan cekap.
"Kejayaan kami telah mendapat penghormatan rakyat dan menyediakan platform yang kukuh dalam membina keyakinan dalam kalangan penduduk," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya jangan terleka dengan kejayaan lampau, sambil menekankan konflik dan bencana yang berlaku di dunia membuktikan sekali lagi bahawa ancaman keselamatan bukan tradisional dan darurat adalah kompleks dan dinamik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Affendi (dua,kanan) bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tengah) ketika hadir pada Forum Putrajaya 2022 di MITEC, Kuala Lumpur, 29 Mac. --fotoBERNAMA

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Penyedut asap makmal SMK Taman Selayang terbakar
Siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar kelas di tingkat dua, melibatkan bahagian motor penyedut asap dari sebuah makmal.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Peniaga patuh jual ayam, telur ikut harga siling baharu
Operasi Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak (Op ATM) di kebanyakan negeri hari ini mendapati kebanyakan peniaga patuh kepada penetapan harga siling itu.

50 pasukan sertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022
Tahun ini KRM memperuntukkan bantuan geran sebanyak RM1,000 kepada setiap pasukan bertanding.

75,383 premis diperiksa mengejut di seluruh negara - KPDNHEP
Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam, ia adalah untuk memastikan bekalan mencukupi dan tiada berlaku kegiatan sorok barangan kawalan.

Veteran ATM diseru sertai ekonomi gig tingkatkan pendapatan
Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peluang menjana pendapatan melalui ekonomi gig perlu dimanfaatkan oleh golongan veteran.

Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

Himpunan Veteran ATM: Enam individu dirakam keterangan
Kesemua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara berkenaan.

Polis akan panggil penganjur perhimpunan veteran ATM
Beberapa individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

Anwar desak ambil tindakan segera bela kebajikan veteran ATM
Ahli Parlimen Port Dickson berkata, kerajaan tidak sewajarnya mengabaikan suara kumpulan itu, yang banyak berjasa kepada negara.

Debaran aksi 'Airforce The Movie: Selagi Bernyawa' bakal temui penonton 25 Ogos ini
Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad PASKAU terperangkap di Namburi iaitu sebuah negara bergolak selepas pesawat mereka ditembak jatuh pengganas.