GEORGE TOWN: Pihak berkuasa agama Islam digesa untuk mengambil tindakan segera bagi mencegah kepercayaan kepada inkarnasi, iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup, daripada menyusup ke dalam masyarakat Islam negara ini.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan segera itu perlu dibuat, berikutan tular video seorang pendakwah bebas berhubung kandungan ceramahnya yang menyebut mengenai perpindahan roh kepada jasad manusia yang masih hidup.
"Kepercayaan kepada inkarnasi iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup adalah karut dan merupakan satu perkara khurafat, yang tidak bersandar kepada sebarang dalil, ia dipegang oleh penganut agama Hindu, Buddha, kaum Maya di Amerika Latin, beberapa golongan Syiah di Lubnan dan Syria, juga oleh tarikat tadauf tertentu yang ekstrem.
"Sehubungan itu, saya minta pihak berkuasa agama Islam termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan-jabatan agama negeri hendaklah memandang serius tentang isu ini dan ambil tindakan segera bagi mencegahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Salim berkata demikian bagi mengulas video berdurasi lebih 10 minit, di mana pendakwah bebas itu menyatakan bahawa gurunya pernah menyebut contoh bahawa Allah mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata berdasarkan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah, inkarnasi adalah satu akidah yang palsu dan menyeleweng daripada landasan agama Islam yang sebenar, kerana bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabawiyah.
Katanya malah menurut ajaran Islam roh tidak berpindah dari satu jadad ke jasad yang lain kerana roh seseorang adalah khusus untuk dirinya sahaja dan tidak dikongsi oleh sesiapapun selepas kematiannya, tiada dalil yang menyokong akidah yang palsu ini.
"Umat Islam diingatkan bahawa kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib atau metafizika mestilah bersandar kepada dalil yang sahih, sedangkan kepercayaan kepada penjelmaan roh ini tiada dalil sama sekali sama ada daripada ayat al-Quran mahupun sunnah yang sahih," katanya.
Beliau berkata menurut Islam, roh seseorang bermula ketika ia berada di dalam rahim ibunya dan setelah berpisah dengan jasad disebabkan kematian, roh berpindah ke alam barzakh sebelum dibangkitkan serta disatukan semula dengan jasadnya pada hari kiamat, seterusnya akan berakhir di syurga atau neraka.
Menurutnya sesiapa yang cuba menyebarkan akidah yang sesat itu kepada masyarakat Islam, perlu diberi amaran dan jika terus berdegil maka hendaklah dibawa ke Mahkamah Syariah untuk diadili menurut undang-undang sedia ada.
"Selain itu, individu tersebut juga perlu disekat daripada menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid atau surau, demi memelihara akidah umat Islam daripada kesesatan kerana terpengaruh dengan ajaran karut berkenaan,"' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan segera itu perlu dibuat, berikutan tular video seorang pendakwah bebas yang menyebut mengenai perpindahan roh kepada jasad manusia yang masih hidup. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang
Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang Al-Sultan yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik.
Ramadan: Pembaziran sempitkan peluang pembangunan rohani - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, budaya negatif itu bercanggah dengan tujuan unggul di sebalik kefarduan ibadat puasa iaitu untuk menyuburkan rohani seorang Muslim.
Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.
Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.
Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah
Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan muzik British, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT.
Masjid sepatutnya dijadikan tempat menyatukan umat - Mufti Pulau Pinang
Menjunjung kasih kepada Sultan Selangor yang menegaskan bahawa masjid perlu bebas daripada pengaruh dan elemen politik kepartian.
Tak salah lantik ahli keluarga jika layak - Mufti Pulau Pinang
Menurut perspektif Islam, dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat.
Mufti sokong kelab komedi ditutup
Beliau berkata, tindakan tegas oleh pihak berkuasa perlu diambil ke atas kelab tersebut segera.
Mufti syor garis panduan dan kawalan tertentu di kelab komedi
Satu garis panduan dan kawalan tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa supaya pemilik kelab komedi dan orang ramai yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral serta agama.
Kenakan harga mahal ibarat ambil harta manusia secara batil - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Islam juga melarang umatnya melakukan penipuan dalam perniagaan.