awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perluas moratorium automatik tanpa faedah kepada semua pinjaman - Armada

Bernama
Bernama
26/06/2021
11:11 MYT
Perluas moratorium automatik tanpa faedah kepada semua pinjaman - Armada
Pelaksanaan moratorium berkenaan mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik COVID-19 dan menjayakan inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mencadangkan agar kerajaan memberikan Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah ke atas semua pinjaman secara menyeluruh.
Dalam satu kenyataan ARMADA berkata, pihaknya percaya dengan pelaksanaan moratorium berkenaan ia mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik COVID-19 dan menjayakan inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Sayap parti itu turut mencadangkan Moratorium Pinjaman Automatik diperluaskan merangkumi Pinjaman Berlesen; Penjualan Secara Kredit meliputi penggunaan kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ia turut mencadangkan supaya kelonggaran diberikan dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah serta segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi negara kembali pulih.
"Armada berpendapat (PPN) ini adalah 'jalan keluar' yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada blok pemerintah atau pun pembangkang," menurutnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moratorium
#pinjaman automatik
#tanpa faedah
#pinjaman
#COVID-19
#Pelan Pemulihan Negara
#PTPTN
#TEKUN
#Amanah Ikhtiar Malaysia
#ARMADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan