Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Oktober hingga 1 November depan, dibatalkan susulan pandemik COVID-19.
Badan pentadbir sukan permotoran - Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama hari ini mengumumkan selain pembatalan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), turut dibatalkan perlumbaan GP Argentina dan Thailand.
Bagaimanapun, badan pentadbir sukan permotoran itu memutuskan untuk menambah venue GP (masih belum diputuskan) di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP yang dijadual pada 20-22 Nov, yang juga perlumbaan terakhir musim ini, menjadikan semua perlumbaan MotoGP musim 2020 berlangsung di Eropah.
Dorna Sports iaitu pemegang ekslusif komersial dan hak siaran MotoGP juga memulakan perbincangan dengan pihak Argentina dan Malaysia berhubung tarikh sesuai bagi perlumbaan musim 2021 untuk dicadangkan kepada FIM, dengan beberapa perancangan mengalu-alukan peminat kembali ke litar, sementara persetujuan turut dicapai dengan Litar Chang di Buriram, Thailand untuk berada dalam kalendar perlumbaan sehingga 2026.
Menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak 1999, SIC berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini, selain memberi pengalaman mencabar untuk pelumba dua roda terbaik dunia.
Sedih dengan keputusan pembatalan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata ketiadaan ketiga-tiga perlumbaan itu dalam kalendar 2020 sangat memberi kesan kerana peminat setia sukan permotoran sering mengembara ke seluruh benua untuk menyaksikan perlumbaan.
"Ketibaan peminat di Termas de Rio Hondo (Argentina), Buriram dan Sepang sangat luar biasa, sentiasa mencetuskan suasana dan sambutan luar biasa terhadap sukan ini. Kami sangat berharap dapat kembali ke Thailand, Argentina dan Malaysia tahun depan dan seperti biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas kesabaran dan pengertian mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif yang jelas kecewa dengan pembatalan GP Malaysia buat pertama kali sejak 20 tahun, berharap dapat kembali lebih hebat dalam kalendar 2021.
"Kami sangat berharap untuk menyaksikan aksi perlumbaan di tanah air terutamanya pelumba negara seperti Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan Petronas Sepang Racing Team yang bermula baik musim ini. Bagaimanapun, dengan situasi penularan COVID-19, keselamatan semua adalah keutamaan, kami tidak mahu mempertaruhkan kesihatan peminat.
"Saya percaya ini menjadi berita sedih buat peminat Malaysia dan seluruh dunia yang membantu menjayakan perlumbaan sehingga hari ini. Kami menyaksikan peningkatan jumlah penonton GP Malaysia pada setiap tahun dan kami berterima kasih kepada semua peminat dan rakan kongsi atas sokongan yang diberikan.
"Perkara terbaik dilakukan sekarang ini adalah terus menyokong pelumba dan pasukan negara yang masih bertanding dalam perlumbaan," katanya dalam kenyataan berasingan oleh SIC.
GP Malaysia adalah venue paling lama di Asia Tenggara sejak 1991, menyaksikan SIC menjadi venue tetap dalam kalendar setelah berpindah dari Litar Shah Alam dan Johor pada 1999.
Litar Antarabangsa Sepang juga adalah salah satu litar terpanjang dan mencabar dalam musim perlumbaan dan menjadi litar kegemaran dalam kalangan pelumba serta pasukan. Litar sepanjang 5.543km turut menganjurkan pelbagai perlumbaan klasik serta menyediakan pengalaman unik kepada para peminat sukan permotoran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020
SIC berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini. -Gambar fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Warga Venezuela di Argentina protes tuntut pilihan raya bebas
Puluhan migran Venezuela yang menetap di Argentina berarak di Buenos Aires bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro serta menuntut pilihan raya bebas.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penampakan 'UFO' di Argentina
Sebuah rakaman memaparkan objek aneh berbentuk bulat berlegar-legar di wilayah Tucuman, Argentina mencetuskan tanda tanya.
Kemiskinan di Argentina cecah paras tertinggi 57.4 peratus - Kajian
Tahap kemiskinan itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai Argentina dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.
Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina.
Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.
Tunjuk perasaan di Argentina protes lawatan Presiden Javier Milei ke Israel
Dianggarkan ratusan peserta tunjuk perasaaan berkumpul di luar premis Kementerian Luar Negeri Argentina untuk menyuarakan protes terhadap lawatan Presiden Javier Milei ke Israel pada Isnin.