awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/01/2021
08:58 MYT
PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Muhyiddin berkata, BNM dan AKPK sedia membantu dan memberi khidmat nasihat melalui telefon atau secara dalam talian. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA:Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menjelaskan ia termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman yang akan ditawarkan oleh institusi kewangan.
Sementara itu kata beliau, bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.
"Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS.
"Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran," katanya ketika mengumumkan Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) di sini, pada Isnin.
Dalam pada, bagi peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank, kata Muhyiddin, Bank Negara Malaysia (BNM) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sedia membantu dan memberi khidmat nasihat melalui telefon atau secara dalam talian.
[SIDANG MEDIA] Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri | 18 Januari 2021
Topic Berkaitan
#AKPK
#Bantuan moratorium
#bayaran balik pinjaman
#PKP
#bank
#institusi kewangan
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan