[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Permainan politik perkauman didalangi mereka yang terdesak - Dr Mahathir

Bernama 14/11/2019 | 21:35 MYT
Dr Mahathir mengangkat tangan Karmaine pada satu majlis di Warung 800, Pekan Nanas, 14 Nov lalu. ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR/Gambar Fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata permainan politik perkauman didalangi oleh mereka yang terdesak kerana berhadapan tindakan undang-undang akibat ketamakan dan keangkuhan ketika berkuasa.
Dr Mahathir menasihati rakyat supaya tidak memberikan mereka peluang untuk terus mengadu-domba rakyat.
"Cara yang paling mudah ialah tidak mengundi wakil mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.
"Mereka tidak peduli jika perbuatan mereka itu boleh mengakibat tercetusnya pertembungan di antara kaum kerana bagi mereka, jika berlaku kekacauan, kemungkaran yang telah mereka lakukan akan dipinggir," kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, pada Khamis.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu Dr Mahathir berkata beliau percaya calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini, yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Tanjung Piai, adalah calon yang amat sesuai untuk meneruskan usaha-usaha Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
"Selain memahami kehendak serta hati budi penduduk setempat, Karmaine pastinya akan mampu meneruskan rancangan pembangunan serta mengagih peruntukan-peruntukan untuk Parlimen ini yang telah berjaya didapatkan dahulu oleh Allahyarham Dr Md Farid," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PRK ini menyaksikan pertandingan enam penjuru yang melibatkan Karmaine, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Pengundian PRK itu ditetapkan Sabtu ini.
-- BERNAMA
#angkuh #Karmaine Sardini #Mahathir Mohamad #mengadu-domba #Pakatan Harapan #pilihan raya kecil #PRK Tanjung Piai #tamak #Tanjung Piai Memilih #Twitter