awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Agong berkenan buat demonstrasi cucur durian

Bernama
Bernama
31/08/2019
11:51 MYT
Permaisuri Agong berkenan buat demonstrasi cucur durian
Raja Permaisuri Agong membuat demonstrasi cucur durian sempena Floria Diraja Putrajaya 2019. Turut berangkat Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar BERNAMA
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Floria Diraja Putrajaya 2019 bagi membuat demonstrasi cucur durian Musang King.
Keberangkatan tiba baginda disambut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim dan isteri, Datin Murni Muda.
Tunku Azizah yang umum ketahui gemar memasak kelihatan gembira melihat rakyat jelata mengerumuni kawasan demonstrasi masakan yang terletak di tapak buahan-buahan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk melihat baginda memasak.
Sambil memasak, Raja Permaisuri Agong juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergurau- senda dengan rakyat yang hadir.
Baginda juga berkenan untuk berkongsi beberapa petua bagi mendapatkan cucur durian yang gebu serta enak termasuk meratakan adunan menggunakan alat pengadun selain menggunakan gula kasar bagi mengelak cucur menjadi terlalu berair.
Tunku Azizah kemudian menjemput rakyat jelata dan pengunjung Floria Diraja Putrajaya untuk merasa keenakan cucur durian air tangan baginda yang dibuat menggunakan resepi bondanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#cucur durian
#demonstrasi
#Floria Diraja Putrajaya
#memasak
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan