awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya - Ketua PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Johor mahu persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan disalur kepada barisan hadapan

Bernama
Bernama
11/08/2021
05:45 MYT
Permaisuri Johor mahu persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan disalur kepada barisan hadapan
Baginda bertitah adalah lebih bermakna jika mereka yang berniat demikian, menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik COVID-19 terutamanya kakitangan perubatan. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini bertitah kepada semua pihak bahawa tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-62, Sabtu ini.
Sebaliknya, baginda bertitah adalah lebih bermakna jika mereka yang berniat demikian, menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik COVID-19 terutamanya kakitangan perubatan.
"Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.
"Oleh itu, saya akan anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka (petugas barisan hadapan) sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa," titah Raja Zarith Sofiah dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi baginda 'The Royal Johor' hari ini.
Sumber Facebook TheRoyalJohor
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Permaisuri Johor
#Raja Zarith Sofiah
#COVID-19
#petugas barisan hadapan
#pandemik
#Ulang Tahun Keputeraan
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan