awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan kenderaan enjin diesel dijangka tidak terjejas - Pakar automotif

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2024
02:20 MYT
Permintaan kenderaan enjin diesel dijangka tidak terjejas - Pakar automotif
Menurut Daniel (gambar), jualan kenderaan menggunakan enjin diesel juga mencatatkan jumlah positif setiap tahun berikutan permintaan yang tinggi di pasaran. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Jualan kenderaan enjin diesel terutamanya trak pikap di Malaysia dijangka tidak terjejas dengan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan penyasaran bahan api jenis itu.
Penganalisis automotif, Daniel Fernandez berkata, ini kerana kenderaan yang menggunakan bahan bakar jenis tersebut sememangnya mempunyai pasaran tersendiri.
"Saya menjangkakan permintaan terhadap kenderaan jenis ini (guna enjin diesel) di pasaran tidak terkesan. Sebagai contoh mereka yang menjalankan perniagaan atau pemilik ladang menjadikan kenderaan jenis enjin diesel seperti trak pikap sebagai keperluan utama mereka.
"Kalau kita lihat di Malaysia ketika ini, kenderaan yang menggunakan enjin diesel ini melibatkan trak pikap dan van. Bagi jualan kenderaan model sedan atau kereta penumpang yang gunakan enjin diesel pula telah lama dihentikan jualan.
"Jadi, sama ada penyelarasan bahan api jenis diesel dilaksana atau tidak ia tidak memberi kesan langsung kepada jualan kenderaan ini," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jangkaan jualan kenderaan menggunakan enjin diesel di negara ini susulan pelaksanaan rasionalisasi bahan api jenis diesel.
Menurut Daniel, jualan kenderaan menggunakan enjin diesel juga mencatatkan jumlah positif setiap tahun berikutan permintaan yang tinggi di pasaran.
"Kalau buat semakan di beberapa pusat jualan kenderaan jenis enjin diesel ini, jumlah senarai yang menunggu sentiasa ada tanpa mengira ada kenaikan harga diesel atau tidak.
"Sebagai contoh di Thailand, permintaan terhadap kenderaan jenis ini juga sangat tinggi meskipun negara mereka tiada subsidi diesel kerana ada sektor perniagaan tertentu seperti pertanian atau perkhidmatan lain memerlukan penggunaan kenderaan ini," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#diesel
#kenderaan enjin diesel
#jualan
#penyasaran diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan