NATIONAL
Permintaan sayuran di Negeri Sembilan menurun, harga masih berpatutan

S. Veerapan (dua, kanan) meninjau barangan yang dikawal pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), sempena sambutan Krismas 2024 pada Majlis Pelancaran peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2 hari ini. -Bernama
SEREMBAN: Permintaan sayur di Negeri Sembilan menunjukkan penurunan meskipun harga ditawarkan di pasaran masih berpatutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.
Ringkasan AI
- Permintaan sayur di Negeri Sembilan menurun walaupun harga masih berpatutan, mungkin kerana pengguna lebih berjimat.
- Harga sayur di Negeri Sembilan masih terkawal walaupun terdapat kenaikan harga di negeri lain akibat cuaca tidak menentu.
- Sembilan jenis barangan dikawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 untuk memastikan harga kekal berpatutan.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan menjangka harga sayur kembali turun dan stabil pada Mac ini apabila tamatnya Monsun Timur Laut (MTL).
Laporan itu menyatakan harga sayur meningkat ketika ini disebabkan keadaan cuaca tidak menentu.
Pada program hari ini, terdapat sembilan jenis barangan dikawal di bawah SHMMP iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, ubi kentang import (China), lobak merah, kubis bulat (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), tomato, lada benggala hijau, cili merah, bawang merah besar import dan bawang kuning besar.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami