KUCHING: Pelaksanaan permit khas petroleum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bukan bertujuan menyukarkan rakyat tetapi bagi mengelakkan penyelewengan subsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata setiap tahun kerajaan membelanjakan jumlah yang besar bagi peruntukan subsidi terutama untuk petrol dan diesel.
"Jika kerajaan tidak buat kawalan (melalui permit) memang akan diseleweng dan ini telah terbukti iaitu terdapat kes yang dilakukan secara besar-besaran," katanya dalam sidang media mengenai permit tersebut di sini, hari ini.
Pada 28 Julai lepas, Nanta dilaporkan berkata syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian dengan kuantiti melebihi 20 liter, perlu memohon permit khas di bawah akta tersebut.
Menurut Nanta, mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.
Sementara itu, Nanta berkata permohonan permit khas itu hanya perlu dibuat sekali untuk jangka masa setahun dan bukannya untuk setiap pembelian.
Katanya permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian di https://permitkhas.kpdnhep.gov.my/login atau hadir sendiri di mana-mana pejabat KPDNHEP berhampiran.
"Permit khas ini juga adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan.
"Permohonan yang lengkap akan diproses dalam masa lima hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan manakala permohonan pembaharuan atau penyambungan semula akan mengambil masa tiga hari bekerja dari tarikh permohonan diterima," katanya.
Setakat Januari hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 10,048 permit khas petroleum dikeluarkan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Nanta berkata, setiap tahun kerajaan membelanjakan jumlah yang besar bagi peruntukan subsidi terutama untuk petrol dan diesel. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.
NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.
PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.
Nanta luah rasa simpati kepada penduduk terkesan banjir di Kapit
Nanta meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok, Amang Ulu yang terkesan teruk akibat bencana banjir pagi ini.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Pembinaan naik taraf jalan ke Pelabuhan Klang guna bahan turapan lebih kukuh - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang menggunakan bahan turapan lebih kukuh.