KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah dan bukan di Mahkamah Sivil.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Liew Horng Bin berkata jika permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu didengar di Mahkamah Sivil melalui semakan kehakiman, segala bukti berkaitan kes akan didedahkan di mahkamah berkenaan.
"Oleh itu permohonan untuk membatalkan pertuduhan sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah. Permohonan untuk menggantung prosiding (kes jenayah) sehingga semakan kehakiman diputuskan juga perlu dilakukan di mahkamah berkenaan (jenayah)," katanya semasa prosiding kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang turut disertai peguam Mervyn Lai, mewakili Daim dan Na'imah.
Mahkamah turut mengarahkan pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan tambahan sebelum atau pada 1 Mac ini.
Terdahulu, Liew memberitahu mahkamah pihaknya tidak membantah terhadap permohonan Daim dan Na'imah untuk meminda beberapa perenggan dalam permohonan semakan kehakiman itu.
Pindaan itu adalah berhubung notis Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dikeluarkan terhadap Daim dan Na'imah.
Selain Daim, 85, dan Nai'mah, 66, turut dinamakan sebagai pemohon ialah empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, serta Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta syarikat Ilham Tower Sdn Bhd. Kesemua pemohon menamakan SPRM serta Pendakwa Raya sebagai responden.
Bagi kebenaran untuk meminda permohonan kebenaran difailkan pada 30 Jan lepas, mereka memohon perintah untuk membatalkan pertuduhan terhadap Daim pada 29 Jan dan Na'imah pada 23 Jan lepas.
Afidavit sokongan diikrarkan peguam Alicia Sabrina Gomez menyatakan Daim dan keluarga memohon antara lain, perisytiharan bahawa kedua-dua notis Seksyen 36(1) Akta SPRM dikeluarkan terhadap Daim dan Na'imah adalah menyalahi undang-undang.
Pada 16 Jan lepas, Hakim Wan Ahmad Farid telah mendengar permohonan Daim dan keluarganya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap siasatan SPRM dan hakim itu menetapkan 4 Mac untuk keputusan.
Pada 29 Jan lepas, Daim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Na'imah pula didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Jan lepas atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah dan bukan di Mahkamah Sivil. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah.
Mahkamah tolak permohonan Najib batalkan pertuduhan pinda laporan 1MDB
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, 67, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.