KUALA LUMPUR: Permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022 untuk pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara telah dibuka hari ini, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dalam kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my sehingga tarikh tutup pada 22 Feb 2022.
"Borang permohonan lengkap serta dokumen sokongan yang diperlukan perlu dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Feb 2022 sama ada secara serahan tangan atau pos," menurut kenyataan itu.
Menurut JPA, BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian PhD di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
JPA memaklumkan calon yang ingin memohon perlu mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
"Syarat permohonan BYDPA adalah warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jan 2022.
"Penglibatan secara aktif dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya adalah satu kelebihan buat calon Sarjana manakala bagi calon PhD ia adalah diwajibkan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, JPA memaklumkan syarat kelayakan lain adalah telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 - 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

JPA dalam kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my sehingga tarikh tutup pada 22 Feb 2022. - Gambar hiasan/ Bernama

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Duta Besar Malaysia | Lantikan Tajuddin tidak sepatutnya jadi isu
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu sepatutnya tidak menjadi isu.

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan 80 juta ringgit untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.

Aidilfitri | PM hadir Program Aidilfitri Tentera Darat
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri melibatkan warga Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Pendaki Gunung Suku | Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa kedua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ahad lepas. Penemuan itu dibuat pada hari ketujuh operasi, hari ini.

Jurulatih wushu ditahan berikutan laporan amang seksual remaja perempuan
Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.

Kelibat Harimau | Penduduk dakwa tak pernah berlaku
Penduduk di sekitar kawasan sekitar Kemensah Height di sini menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun beberapa penduduk di kawasan tersebut mendakwa terlihat kelibat harimau beberapa hari lalu. Tinjauan Astro AWANI pada Sabtu petang mendapati, kawasan yang terletak berhampiran kawasan rekreasi air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu itu tetap sibuk seperti biasa.

Mydin ada bekalan ayam namun hadkan pembelian
Isu bekalan ayam tidak mencukupi menjadi perbualan dan antara topik yang sering dibincangkan di media sosial.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka hari ini
Permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022 untuk pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara telah dibuka hari ini.

Biasiswa YDPA: "Masih bawa nama negara, tapi cara berbeza" - Bryan Lim
Itu pengakuan bekas atlet tenis kebangsaan, Bryan Lim Wei Tern, yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Kepintaran Buatan (AI) dan Robotik di Imperial College, London.

Al-Sultan Abdullah perkenan anugerah 11 biasiswa YDPA
Penerima adalah pelajar Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang meliputi sains dan teknologi, kejuruteraan dan undang-undang di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.

Permohonan biasiswa Yang di-Pertuan Agong dibuka 10 Feb
Permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) sesi pengajian 2020/ 2021 untuk peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara dibuka bermula pada 5 petang 10 Feb ini.