awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan e-Tunai Rakyat cecah 2.9 juta - Guan Eng

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
20/01/2020
10:00 MYT
Permohonan e-Tunai Rakyat cecah 2.9 juta - Guan Eng
GUAN ENG: Untuk mempromosikan inisiatif e-Tunai Rakyat, saya telah pergi ke pelbagai lokasi di seluruh negara, di Semenanjung Malaysia, dan juga di Malaysia Timur. - Gambar SHAHIR OMAR/ ASTRO AWANI
Pendaftaran e-Tunai Rakyat yang akan tamat pada 9 Mac depan kini mencecah 2.9 juta permohonan sehingga Ahad, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 2.2 juta permohonan diluluskan dengan peruntukan RM66 juta telah disalurkan kepada rakyat.
"Untuk mempromosikan inisiatif e-Tunai Rakyat, saya telah pergi ke pelbagai lokasi di seluruh negara, di Semenanjung Malaysia, dan juga di Malaysia Timur.
"Saya dengan suka citanya melaporkan bahawa terdapat sambutan menggalakkan daripada rakyat untuk inisiatif ini dan kami yakin bahawa rakyat di seluruh negara bersedia menerima penggunaan teknologi pembayaran tanpa tunai yang lebih besar," katanya semasa berucap pada pelancaran ‘Cashless Ecosystem for Cyberjaya with Malaysia National QR' di RekaScpe, pada Isnin.
BACA: Tiada hasrat lanjut tempoh daftar e-Tunai Rakyat - Guan Eng
BACA: e-Tunai Rakyat: Kerajaan kaji masukkan terus ke BSH
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan sedia mengkaji untuk memasukkan wang tuntutan program e-Tunai Rakyat ke dalam akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.
Dalam pada itu jelasnya, kemudahan e-pembayaran mesti tersedia secara meluas, selamat dan mudah digunakan.
Ia mesti mudah seperti wang tunai selain kemudahan infrastruktur pembayaran pusat untuk meningkatkan penggunaan.
Selain itu kata Guan Eng, ia termasuk platform pembayaran runcit yang menyumbang secara positif kepada matlamat berkenaan.
Topic Berkaitan
#boost
#e-Tunai
#grab
#Lim Guan Eng
#rakyat
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan