awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan maaf Najib bukan raih simpati - Wan Rosdy

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2024
23:30 MYT
Permohonan maaf Najib bukan raih simpati - Wan Rosdy
Permohonan maaf bekas Perdana Menteri, Najib Razak berhubung penyelewengan dana 1MDB bukan kenyataan meraih simpati, namun ia adalah tindakan yang berjiwa besar, kata Wan Rosdy. - Gambar fail Bernama
SHAH ALAM: Permohonan maaf bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan kenyataan meraih simpati, namun ia adalah tindakan yang berjiwa besar.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha yang dilakukan bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga jelas memperlihatkan sikap beliau yang bertanggungjawab.
"Saya meneliti kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib bertarikh 24 Oktober 2024. Saya dapat merasakan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat dengan suci hati serta lahir dari sanubari beliau yang ikhlas.
"Saya berpandangan bahawa kenyataan media tersebut juga menjelaskan betapa Datuk Seri Najib sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk rakyat.
"Sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas keprihatinan beliau untuk menjaga kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
Ia berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan sebelum ini.
Wan Rosdi yang juga Menteri Besar Pahang dalam masa sama berharap Najib diberikan keadilan sebaiknya.
"Saya juga berdoa dan berharap agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan serta keadilan yang sebenar ditegakkan dengan membawa kes 1MDB ke muka pengadilan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak mohon maaf
#Najib berjiwa besar
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan