awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Najib cabar keputusan Jabatan Penjara ditolak

Bernama
Bernama
27/10/2022
04:37 MYT
Permohonan Najib cabar keputusan Jabatan Penjara ditolak
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa tiada isu yang timbul untuk dipertimbangkan oleh mahkamah, kerana Najib bukan lagi Ahli Parlimen berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.
"Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, pemohon (Najib) bukan lagi seorang Ahli Parlimen. Sehingga dan melainkan pengampunan diberikan atau sabitan diketepikan selepas semakan semula, tidak ada kemungkinan pemohon sekali lagi akan menjadi Ahli Parlimen yang pada masa sama juga seorang banduan, kerana undang-undang menghalang sesiapa yang disabit kesalahan untuk bertanding, selaras dengan Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, permohonan kini menjadi akademik dan ia tidak mempunyai merit. Saya menolak permohonan itu kerana dianggap remeh dan menyusahkan," kata hakim.
Pada 5 Okt lepas, Najib, 69, memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keengganan Jabatan Penjara membenarkan permohonannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#cabar Jabatan Penjara
#Najib dipenjara 12 tahun
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan