Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memaksa seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar bersetuju ditemu bual oleh pasukan pembelaannya sebelum memberi keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak akan terjejas akibat keengganan saksi itu untuk ditemu bual memandangkan Penolong Pesuruhjaya Mohd Nasharudin Amir telah mengangkat sumpah untuk berkata benar walaupun hadir ke mahkamah selepas disepina.
“Beliau bukan saksi pendakwaan dan tidak ditawarkan kepada pembelaan sebagai saksi. Hakikat bahawa beliau adalah seorang penjawat awam dan bekas pegawai penyiasat untuk kes lain tidak mengubah perkara ini,” kata hakim itu.
Mohd Nasharudin adalah pegawai penyiasat dalam kes Najib yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.28 bilion.
Dalam perkembangan lain, pendakwa ad-hoc Datuk V. Sithambaram memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan pihak pembelaan tidak akan memanggil pakar dokumen Australia Dr Stevens Strach susulan kebuntuan berkaitan syarat-syarat pelantikan Dr Strach.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pembelaan, mengesahkan perkara ini dan berkata mereka tidak diberikan sebarang laporan atau penemuan oleh Dr Strach daripada pemeriksaannya yang dijalankan pada 11 dan 12 Feb, selain laporan awal.
“Oleh itu, kami tidak akan memanggil Dr Strach untuk memberi keterangan,” kata Muhammad Shafee.
Sementara itu, Sithambaram berkata pendakwaan tidak mempunyai masalah untuk Najib memeriksa salinan asal rakaman audio yang dikeluarkan SPRM pada awal tahun ini namun mengecup hak untuk membantah kebolehterimaan rakaman audio itu atas alasan kerelevanan, keperluan atau sebarang alasan lain yang dibenarkan undang-undang.
Rakaman audio itu didakwa membabitkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib ketika beliau menjadi perdana menteri, bersama beberapa rakaman perbualan telefon lain yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Menyentuh perkara lain, pendakwaan berkata mereka akan memberikan penyataan saksi SPRM yang tidak dapat dikesan kepada pembelaan, termasuk Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.
Sebagai respons, peguam Harvinderjit Singh berkata mereka akan meneliti kesemua penyataan itu.
Muhammad Shafee turut memaklumkan mahkamah bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah ditetapkan untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu pada Isnin.
Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata oleh kerana ibu Mohamed Apandi tidak sihat, maka bekas peguam negara itu telah meminta untuk memberi keterangan pada tarikh lain kerana beliau ingin menziarahi wanita tersebut di Kelantan.
Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.
Perbicaraan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta milik SRC International, yang terdiri pertuduhan pecah amanah jenayah, melakukan pengubahan wang haram dan menyalah guna kuasa. - Gambar fail
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.