Permohonan Datuk Seri S. Vell Paari supaya bapanya, bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu menjalani pemeriksaan tahap kesihatan mental, dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Permohonan itu dibuat oleh Vell Pari dalam kes saman difailkannya terhadap Samy Vellu bagi mengisytiharkan bahawa bapanya tidak mampu menguruskan hal ehwal sendiri.
Hakim Wong Chee Lin membenarkan permohonan Vell Paari selaras dengan Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001, selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam David Mathews yang mewakili Vell Paari kepada pemberita selepas prosiding pendengaran permohonan itu di dalam kamar hari ini, yang turut dihadiri peguam Prem Ramachandran yang bertindak bagi pihak Samy Vellu.
“Mahkamah membenarkan permohonan itu, namun saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berkenaan penyiasatan tersebut,” katanya.
David berkata, pada prosiding hari ini juga, mahkamah menolak permohonan seorang wanita yang mendakwa isteri kepada Samy Vellu, Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, untuk menjadi pencelah dalam kes saman itu selepas mendengar hujahan daripada David dan peguam Ramesh Sivakumar yang mewakili Meeriam.
"Permohonan Meeriam untuk menjadi pihak dalam kes saman itu ditolak oleh mahkamah selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dengan kos RM5,000," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Vell Paari, 58, selaku plaintif memfailkan saman terhadap Samy Vellu pada 2 Disember tahun lepas, memohon perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan keupayaan mental Samy Vellu dan sama ada bekas Menteri Kerja Raya itu berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.
Saman berkenaan difailkan Vell Paari, selaku plaintif pada 2 Disember tahun lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Samy Vellu, yang berusia 83 tahun, selaku defendan tunggal.
Dalam saman itu, Vell Paari memohon perintah bahawa suatu tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan diadakan di bawah Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 ke atas bapanya bagi mengetahui jangka masa bapanya mengalami kecelaruan mental.
Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berupaya memberi arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain untuk menentukan jenis harta yang dimiliki oleh bapanya.
Bekas Setiausaha Agung MIC itu turut memohon supaya Consultant Neuropsychiatrist dan Ketua Neurobehavioral Medicine Services dari Penang Adventist Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran, 52, atau pakar kesihatan mental lain diberikan akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan tentang keupayaan mental defendan.
Katanya, jika defendan didapati mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya menguruskan dirinya serta hal ehwalnya akibat masalah itu, beliau memohon supaya beberapa individu termasuk dirinya (plaintif) dan peguam Datuk C. Vijaya Kumar dilantik oleh mahkamah sebagai ahli jawatankuasa untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal estet defendan.
Sekiranya mahkamah membenarkan kesemua individu itu dilantik sebagai ahli jawatankuasa, plaintif turut memohon supaya mahkamah menentukan kuasa ahli jawatankuasa tersebut, membuat peruntukan bagi kos dan perbelanjaan jawatankuasa serta membuat peruntukan bagi saraan jawatankuasa tersebut.
Vell Paari juga memohon perintah supaya beliau dilantik sebagai wakil litigasi defendan dalam mana-mana prosiding undang-undang membabitkan bapanya, harta atau kepentingannya.
Plaintif berkata sejak 2017 beliau telah membantu bapanya untuk menguruskan hal ehwal dan estetnya dan telah menggunakan dananya sendiri bagi tujuan itu berikutan bapanya tidak dapat mengakses dana dalam akaun perbankan atas faktor kesihatan. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020
Vell Paari mohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada Samy Vellu berupaya memberi arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain untuk menentukan jenis harta yang dimiliki bekas Presiden MIC itu. Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Kenyataan fitnah: Tun M beri tempoh tujuh hari untuk PM Anwar tarik balik
Kata Tun Mahathir, sekiranya Anwar tidak tarik balik, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan
Timbalan Pendakwa Raya SPRM memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Dewan Rakyat: Transaksi hartanah kediaman turun mendadak akibat COVID-19
Maklumat tersebut adalah berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Separuh Tahun Pertama 2020 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Sukar cari negarawan yang benar-benar fikir nasib rakyat - Akhbar Satar
Datuk Seri Akhbar Satar berpendapat, integriti dan intellectual honesty adalah perkara paling sukar ditemui dalam kalangan pemimpin hari ini.
Permohonan pemeriksaan tahap kesihatan mental Samy Vellu dibenarkan
Permohonan Vell Paari supaya bapanya, Samy Vellu dibenarkan jalani pemeriksaan tahap kesihatan mental dibenarkan Mahkamah Tinggi.
Sadis! Tembak mati isteri, ibu mertua sebelum bunuh diri
Seorang akuantan bertauliah bertindak membunuh diri selepas menembak mati isteri dan ibu mertuanya di dua lokasi berasingan di India antara Jumaat dan Isnin lalu.
ADUN Johor tak hantar borang isytihar harta boleh kena tindakan disiplin
ADUN Johor diminta memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri secara rasmi (bersurat) sekiranya memerlukan masa untuk menghantar borang pengisytiharan harta atau boleh dikenakan tindakan disiplin.
#QuranHour: Selesaikan masalah dunia melalui Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi juga memberi jawapan untuk empat cabaran iaitu iman, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan.
Gubal undang-undang untuk semua wakil rakyat isytihar harta
Selain wakil rakyat, exco-exco kerajaan negeri juga perlu mengisytiharkan harta mereka supaya mereka dilihat bersih.