awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan permit umrah Ramadan sudah dibuka - MoHU

Bernama
Bernama
07/03/2022
08:06 MYT
Permohonan permit umrah Ramadan sudah dibuka - MoHU
Permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan telah dibuka melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna sejak 6 Mac lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan telah dibuka bermula Ahad, 6 Mac dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.
Kementerian itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya menjelaskan ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.
Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.
"Ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan," katanya.
Menurut kenyataan itu, slot tempahan umrah pada bulan Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding lapan sebelum ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#permit umrah
#umrah Ramadan
#aplikasi Eatmarna
#aplikasi Tawakkalna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan