MALAYSIA
Permohonan program perpaduan meningkat, lebih 800 diterima tahun ini
Haslina (dua, kiri) bersama penganjur Festival Warisan Perpaduan Budaya Malaysia 2025, Datuk Shariffah Maznee Al-Attas (dua, kanan) merasmikan festival tersebut di pusat beli-belah Mytown pada Sabtu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerima lebih 800 permohonan penganjuran program berteraskan perpaduan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara tahun ini, sekali gus menunjukkan peningkatan minat terhadap usaha mengukuhkan keharmonian masyarakat majmuk.
Ringkasan AI
Ketua Setiausaha KPN Datuk Haslina Abdul Hamid berkata daripada jumlah itu, hampir 100 program telah diluluskan dan dilaksanakan dengan sokongan peruntukan kementerian bagi memastikan impaknya dapat dirasai komuniti setempat.
"Program macam ini memang amat penting, kerana ia merupakan satu platform untuk memperkukuh apa yang kita ada seperti semangat kebersamaan dalam kepelbagaian kaum, agama dan juga etnik-etnik yang ada di Malaysia.
"Kita ketengahkan terutamanya lokasi dipilih pihak NGO antara lokasi menjadi tumpuan ramai, supaya bukan sahaja tertumpu kepada rakyat Malaysia, tetapi juga rakyat dari luar kita nak tunjukkan keharmonian kita hidup di sini," katanya pada sidang media selepas Festival Warisan Perpaduan Budaya Malaysia 2025 di sini pada Sabtu.
Festival itu diadakan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melalui persembahan seni tradisional, pameran warisan, demonstrasi kraftangan serta hidangan tempatan pelbagai bangsa.
Haslina berkata jumlah permohonan itu juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum ini, sekali gus membuktikan komitmen tinggi masyarakat terhadap usaha memperkukuh perpaduan nasional melalui platform berasaskan warisan, budaya dan seni komuniti.
Beliau berkata pihak kementerian menggalakkan penyertaan NGO menganjurkan program yang menyemai semangat perpaduan, dengan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi kementerian.
Haslina berkata kementerian membuka tiga jendela permohonan setiap tahun, bagi memberi peluang kepada lebih banyak pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menghantar cadangan program masing-masing.
"Kita akan menilai setiap kertas kerja yang dikemukakan. Kita harap pada tahun depan, jendela pertama dapat dibuka lebih awal supaya NGO dapat merancang aktiviti dengan lebih baik," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah NGO Family of Charity Meor Arif Afiq berkata festival itu turut menjadi platform mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, menerusi pelancaran majalah khas Go Malaysia Magazine, iaitu penerbitan eksklusif yang menampilkan informasi tentang seni, budaya dan destinasi menarik di Malaysia.
"Kedutaan-kedutaan asing akan menerima satu salinan setiap negara. Jadi ada 98 salinan untuk 98 negara bagi semua duta asing di dunia untuk mendapatkan informasi tentang Malaysia.
"Kia mahu orang tahu apa yang Malaysia boleh tawarkan. Peluang keemasan buat Malaysia... penerbitan yang pertama melalui penaung diraja kami iaitu Yang Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perpaduan Negara menerima lebih 800 permohonan program berteraskan perpaduan daripada NGO tahun ini, menunjukkan peningkatan minat dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat majmuk.
- Program-program ini penting untuk memperkukuh semangat kebersamaan dalam kepelbagaian kaum, agama, dan etnik di Malaysia, dengan hampir 100 program diluluskan dan dilaksanakan untuk manfaat komuniti setempat.
- Peningkatan permohonan menunjukkan komitmen masyarakat terhadap usaha memperkukuh perpaduan nasional melalui platform berteraskan warisan, budaya, dan seni komuniti, sambil meraikan kepelbagaian budaya melalui Festival Warisan Perpaduan Budaya Malaysia 2025.