[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Permohonan reman tiga pengarang TMI ditolak

Astro Awani 31/03/2015 | 05:46 MYT
Mereka bertiga ditahan polis susulan aduan berhubung isu hudud. -Gambar sumber
Permohonan reman tiga pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI) telah ditolak Majistret Mohd Nazri Omran tengah hari tadi.
Menurut peguam mereka, Syahredzan Johan, tiga pengarang tersebut iaitu Pengarang Urusan, Lionel Morais; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong; dan Pengarang Berita, Amin Iskandar akan dibebaskan jam 7 petang ini.
Mereka bertiga ditahan polis pada Isnin sekitar jam 5:50 petang susulan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan portal berita itu berhubung keputusan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.
Ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hari ini, penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq pula ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung laporan yang sama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ho Kay Tat #JAHABAR SADIQ #Lionel Morais #Syahredzan Johan #The Malaysian Insider