MALAYSIA
Permohonan tangguh prosiding persoalan undang-undang Na'imah dibatalkan
Naimah didakwa gagal isytihar aset termasuk Menara Ilham di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung prosiding bagi merumuskan persoalan undang-undang berhubung tuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapi Toh Puan Na'imah Abdul Khalid.
Ringkasan AI
Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa pihaknya dan pasukan pembelaan yang diketuai peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar telah mencapai persetujuan berhubung perkara itu.
"Saya percaya kami telah mencapai persetujuan agar permohonan untuk merumuskan persoalan undang-undang di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 didengar di mahkamah ini.
"Kami juga bersetuju untuk menarik balik permohonan bagi menangguhkan prosiding serta permohonan untuk memindahkan prosiding berkenaan ke Mahkamah Tinggi yang lain," kata Wan Shaharuddin semasa prosiding hari ini.
Gurdial turut mengesahkan perkara berkenaan di hadapan mahkamah.
Pendengaran itu pada asalnya dijadualkan berlangsung hari ini di hadapan Hakim Muniandy, namun beliau memaklumkan bahawa ia akan dipindahkan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.
Wan Shaharuddin turut memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memberikan aku janji untuk menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan permohonan Na'imah untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pada 21 Ogos lepas, Muniandy membenarkan permohonan Na'imah selepas mendapati persoalan undang-undang yang dibangkitkan bukan bersifat remeh atau penyalahgunaan proses mahkamah sebagaimana diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Pada 23 Jan 2024, Na'imah, balu kepada bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan asetnya, termasuk Menara Ilham serta beberapa hartanah lain di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.
Pada 29 Feb 2024, Na'imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Seksyen 30(5), 36(2) dan 62 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 32(3)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Bagaimanapun, pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan itu atas alasan ia tiada merit kerana tiada isu perlembagaan dibangkitkan dalam kes berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi batalkan permohonan pendakwaan untuk tangguh prosiding berkaitan tuduhan gagal isytihar harta terhadap Toh Puan Naimah Abdul Khalid, selepas kedua-dua pihak capai persetujuan.
- Persoalan undang-undang akan didengar di Mahkamah Rayuan, manakala pendakwaan tarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang benarkan rujukan ke Mahkamah Persekutuan; pengurusan kes ditetapkan 10 November.
- Naimah didakwa gagal isytihar aset termasuk Menara Ilham di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000; beliau failkan permohonan rujukan undang-undang sejak Feb 2024.
Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa pihaknya dan pasukan pembelaan yang diketuai peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar telah mencapai persetujuan berhubung perkara itu.
"Saya percaya kami telah mencapai persetujuan agar permohonan untuk merumuskan persoalan undang-undang di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 didengar di mahkamah ini.
"Kami juga bersetuju untuk menarik balik permohonan bagi menangguhkan prosiding serta permohonan untuk memindahkan prosiding berkenaan ke Mahkamah Tinggi yang lain," kata Wan Shaharuddin semasa prosiding hari ini.
Gurdial turut mengesahkan perkara berkenaan di hadapan mahkamah.
Pendengaran itu pada asalnya dijadualkan berlangsung hari ini di hadapan Hakim Muniandy, namun beliau memaklumkan bahawa ia akan dipindahkan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.
Wan Shaharuddin turut memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memberikan aku janji untuk menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan permohonan Na'imah untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pada 21 Ogos lepas, Muniandy membenarkan permohonan Na'imah selepas mendapati persoalan undang-undang yang dibangkitkan bukan bersifat remeh atau penyalahgunaan proses mahkamah sebagaimana diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Pada 23 Jan 2024, Na'imah, balu kepada bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan asetnya, termasuk Menara Ilham serta beberapa hartanah lain di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.
Pada 29 Feb 2024, Na'imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Seksyen 30(5), 36(2) dan 62 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 32(3)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Bagaimanapun, pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan itu atas alasan ia tiada merit kerana tiada isu perlembagaan dibangkitkan dalam kes berkenaan.
-- BERNAMA

#permohonan tangguh prosiding ditolak
#Na'imah Abdul Khalid
#Daim Zainuddin
#gagal mengisytiharkan harta