awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Tengku Adnan batal saman Anina didengar 30 Nov

Bernama
Bernama
09/10/2015
07:02 MYT
Permohonan Tengku Adnan batal saman Anina didengar 30 Nov
Mahkamah menetapkan 30 Nov untuk mendengar permohonan Tengku Adnan dan seorang lagi bagi membatalkan saman difailkan Anina berhubung pemecatannya sebagai ahli parti.
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 Nov untuk mendengar permohonan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan seorang lagi bagi membatalkan saman difailkan Anina Saadudin berhubung pemecatannya sebagai anggota parti politik itu.
Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Balan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Norhazira Abu Haiyan mewakili Tengku Adnan dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh selaku defendan.
Peguam Aizul Rohan Anuar dan Irzan Iswat Mohd Noor mewakili Anina selaku plaintif.
Norhazira ketika ditemui pemberita berkata kedua-dua defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Anina pada 5 Okt lepas atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa menurut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 untuk mendengar keputusan yang dibuat oleh mana-mana parti politik.
Sementara itu, Aizul Rohan berkata mahkamah juga membenarkan kedua-dua defendan untuk menangguhkan pemfailan pernyataan pembelaan mereka sementara menunggu keputusan permohonan itu.
Pada 11 Sept lepas, Anina memfailkan saman itu selepas mendakwa Tengku Adnan telah mengeluarkan dua surat bertarikh 1 dan 2 Sept 2015 yang memecat keanggotaannya, namun surat berkenaan diedar kepada media dan orang awam sebelum diserahkan kepada beliau secara peribadi.
Anina berkata beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Tengku Adnan pada 3 Sept dengan menyenaraikan bantahan terhadap surat berkenaan serta memberi tempoh tiga hari bekerja bagi Tengku Adnan menarik balik kandungan kedua-dua surat tersebut.
Namun, Anina mendakwa sehingga kini Tengku Adnan gagal membatalkan atau menarik balik kedua-dua surat tersebut.
Anina berkata beliau telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ab Rauf pada tarikh sama (3 Sept).
Beliau mendakwa proses pemecatan keanggotaannya oleh Tengku Adnan tidak sah kerana mendakwa Tengku Adnan tidak mempunyai kuasa di sisi perlembagaan UMNO dan/atau undang-undang untuk memecatnya daripada parti itu.
Anina juga mendakwa pengedaran kedua-dua surat itu kepada media dan orang awam tanpa menyerahkan kepadanya terlebih dahulu adalah cacat dan tidak sah selain mendakwa kandungan kedua-dua surat tersebut adalah tidak jelas dan bercanggah.
Beliau juga mendakwa tidak ada mana-mana alasan yang sah di sisi perlembagaan UMNO dan/atau undang-undang dalam kedua-dua surat tersebut yang membenarkan pemecatannya daripada parti itu.
Anina berkata beliau tidak diberi peluang untuk membela diri melalui pengeluaran surat pemecatan itu dan tidak diberi kebebasan bersuara seperti yang diperuntukkan menurut Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Anina menuntut perintah mahkamah bahawa surat bertarikh 1 dan 2 Sept yang dikeluarkan terhadapnya adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan terhadap keanggotaannya dalam UMNO.
Beliau juga menuntut perintah mahkamah bahawa pemecatan keanggotaannya dalam UMNO adalah tidak sah dan terbatal selain menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Anina Saadudin
#Mahkamah Tinggi
#Nantha Balan
#Tengku Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan