awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan turun kandungan media sosial lindungi rakyat daripada maklumat salah - Teo

Bernama
Bernama
29/02/2024
11:23 MYT
Permohonan turun kandungan media sosial lindungi rakyat daripada maklumat salah - Teo
Teo menolak dakwaan bahawa kerajaan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap akaun media sosial mana-mana individu termasuk ahli politik pembangkang yang mengkritik kerajaan. - Gambar fail/Japen
KUALA LUMPUR: Sebarang permohonan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan di media sosial dibuat untuk melindungi rakyat daripada dipengaruhi maklumat yang salah.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerajaan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap akaun media sosial mana-mana individu termasuk ahli politik pembangkang yang mengkritik kerajaan.
"Memang betul kementerian melalui MCMC ada mengemukakan permintaan kepada penyedia platform seperti Meta ataupun TikTok untuk menurunkan kandungan yang mempunyai berita palsu ataupun berelemen penipuan. Ini adalah untuk melindungi hak rakyat supaya rakyat jelata tidak dipengaruhi oleh maklumat yang salah.
"(Tetapi) kalau dikatakan semua kandungan yang diturunkan adalah kerana mengkritik kerajaan, Yang Berhormat Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) muat naik video di TikTok dan kritik saya, kenapa saya tak minta TikTok untuk turun ataupun sekat akaun dia?
"Banyak lagi akaun yang dimiliki Ahli Parlimen pembangkang masih boleh akses di TikTok seperti Ahli Parlimen Putrajaya (Datuk Dr Radzi Jidin) yang Muar cakap akaun Putrajaya telah disekat di TikTok (sedangkan) akaun TikTok Putrajaya masih di sana," katanya.
Teo berkata demikian dalam jawapan kepada ucapan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) mengenai mengapa seolah-olah wujud dwistandard daripada kerajaan terhadap kandungan media serta mengapa tiada tindakan keras daripada kementerian terhadap ucapan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bersifat provokasi pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi terhadap segala bentuk anasir dan provokasi agama serta perkauman.
Menurutnya tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan provokasi berkaitan isu sensitif khususnya agama dan kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#turunkan kandungan
#Teo Nie Ching
#Dewan Rakyat
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan