MALAYSIA
Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 30 Sept ini - MetMalaysia
METMalaysia memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
KUALA LUMPUR: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas.
Ringkasan AI
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
"Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir. Fenomena ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam," menurut kenyataan itu.
METMalaysia memaklumkan kawasan dijangka paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, Barat Sabah dan Sarawak.
Fenomena cuaca berkenan berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
"Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi METMalaysia, termasuk laman web, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial," menurut kenyataan itu.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline METMalaysia melalui talian 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Fasa Peralihan Monsun bermula 30 September hingga November, menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya
- Negara dijangka alami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama petang dan awal malam, berisiko banjir kilat dan pokok tumbang
- Kawasan paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung, Barat Sabah dan Sarawak, orang ramai dinasihatkan berwaspada dan ikuti maklumat cuaca rasmi