KUALA LUMPUR: Model terbaharu Perodua Alza baharu yang menggantikan model sebelumnya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil kini dibuka untuk tempahan.
Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Semenanjung Malaysia tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya di Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, kecekapan bahan api model Perodua Alza baharu itu dipertingkatkan sehingga 22 kilometer seliter, ia merupakan antara yang terbaik dalam kelasnya.
Perodua Alza baharu turut dilengkapi Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.
Ciri terkini model baharu itu termasuk Pandangan Panoramik 360 darjah, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Model terbaharu Perodua Alza baharu yang menggantikan model sebelumnya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil kini dibuka untuk tempahan.
![[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi [TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975973/thumbnails/30178457201656570847772_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi
Ikuti sidang media Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Harga Siling | Impak secara langsung kepada semua pihak
Pengerusi Persatuan Penternak Selangor, Idrus Zainal Abidin mengulas keputusan Kabinet pada Rabu yang tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. Selain itu juga, Kabinet turut bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Tiada masalah wujud beberapa pasukan tangani isu harga barang, inflasi - Annuar
Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia.

Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu
Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang membangkitkan semula semangat Melayu-Islam Beraja.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Raja-Raja kali ke-259
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Jenayah Global | Seorang wartawan ditembak mati di Mexico
Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian seorang wartawan berusia 47 tahun yang ditembak mati di timur laut negara itu.

Tangani Inflasi | Mekanisme tangani kenaikan harga, gagal?
Pakar Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai mengulas isu penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.

Perodua Alza baharu kini dibuka untuk tempahan
Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 Perodua Alza baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya.

Pemandu maut, dua penumpang cedera kemalangan dengan lori
Seorang pemandu maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tengah hari tadi.

Anggota polis maut bertembung kenderaan ubah laluan
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 35 tahun menaiki motosikal jenis Yamaha R25 gagal mengelak kereta jenis Perodua Alza di hadapannya.

Tak sempat mengelak, penunggang motosikal maut rempuh kereta terbabas
Keadaan jalan yang licin menyebabkan kereta berkenaan hilang kawalan sejurus tiba di Kilometer (KM) 24.8 lebuhraya tersebut.

Kanak-kanak tiga tahun maut selepas ditinggal dalam kereta oleh nenek
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lepas.

Lima sahabat terselamat MPV dinaiki rempuh tiang elektrik di Bukit Merah
Remaja berusia 19 tahun itu tersepit pada bahagian tangan manakala empat rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.

8 sekeluarga nyaris maut dalam nahas dua kenderaan di Kepala Batas
Kemalangan berlaku apabila jip jenis Isuzu D'max yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Tiga kereta rentung dalam kebakaran di bengkel
Tiga buah kereta tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di sebuah bengkel kereta di Batu 3, dekat sini, pada Sabtu.

Pemandu Perodua Alza maut dalam kemalangan di Tapah
Seorang lelaki maut apabila kenderaan Perodua Alza yang dinaiki bersama lapan ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Tapah-Cameron Highlands pada Khamis.

Tiga beranak maut dalam nahas MPV dilanggar lori ais
Perodua Alza berkenaan dipercayai hilang kawalan dan berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum dilanggar lori.