awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2022
22:15 MYT
Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Anggota polis dari Balai Bukit Yong, Pasir Puteh yang sedang bertugas dikejutkan dengan insiden sebuah kereta jenis Perodua Kancil melanggar pintu pagar balai berkenaan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Anggota polis dari Balai Bukit Yong, Pasir Puteh di sini yang sedang bertugas dikejutkan dengan insiden sebuah kereta jenis Perodua Kancil melanggar pintu pagar balai berkenaan pada Jumaat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 11.09 malam itu menyebabkan pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.
"Sementara penumpang kereta berkenaan hanya mengalami sakit pinggang," katanya kepada pemberita pada program kayuhan basikal amal sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Sabtu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta tersebut dipercayai terbabas semasa mengelak daripada melanggar sebuah bas ekspres yang sedang berhenti di sekatan jalan raya (SJR) di hadapan Balai Polis Bukit Yong.
Beliau bagaimanapun berkata, siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan itu sedang dijalankan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Polis Bukit Yong
#Perodua Kancil
#langgar pagar balai polis
#Shafien Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan