[TERKINI] Hamas Serah 7 Tebusan Israel kepada ICRC di Gaza – Fasa Pertama Gencatan Senjata Bermula
GADGETS

Perodua perkenal aplikasi P-Circle meliputi dompet digital hingga penstriman video

Amanz 13/10/2025 | 04:50 MYT
Aplikasi P-Circle mengintegrasikan sejumlah ciri bersama-sama dengannya, dan bukan terhad berkaitan dengan kenderaan sahaja. - Foto Amanz
PERODUA hari ini hadir dengan penawaran aplikasi semua-dalam-satu mereka, sekali gus mempromosikan gaya hidup mudah-alih, melalui aplikasi dinamakan P-Circle.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat turun di Android dan iPhone bermula hari ini.

Aplikasi P-Circle mengintegrasikan sejumlah ciri bersama-sama dengannya, dan bukan terhad berkaitan dengan kenderaan sahaja.

Perodua memecahkan ia mengikut empat kategori, iaitu kewangan, pergerakan, gaya hidup dan komuniti.

Di bawah kewangan, pengguna disediakan dengan dompet digital yang boleh ditambah nilai dan digunakan dalam pembayaran.

Pengguna turut diberikan dengan mata ganjaran, yang seterusnya boleh diubah kepada pelbagai perkara dengan mudah.



Pada bahagian pergerakan, pengguna disediakan dengan peta P-Map untuk ke pelbagai destinasi, selain turut memudahkan pengguna melakukan pencarian pengecas terdekat.

Pada kategori gaya hidup pula, Perodua menawarkan akses kepada penstriman video dengan sejumlah kandungan tersedia untuk diakses secara percuma.

Tidak setakat itu, ia turut membawa akses pantas kepada Unifi melalui P-Home, selain akses kalendar melalui P-Calendar.







#Perodua #P-Circle #penstriman video #dompet digital