awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah korporat diteruskan walaupun Bursa Malaysia tolak permohonan lanjutan masa - Capital A
Akta 852: KKM laksana 25,643 aktiviti penguatkuasaan hingga 30 November 2025
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2024
21:00 MYT
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Menurut Perodua, siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit sedang berjalan dan syarikat bakal berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.
SHAH ALAM: Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd menawarkan dua pilihan kepada pemilik kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
“Perodua juga memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau.
“Kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, seorang pelanggan wanita meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.
Pembeli, Nagakanni Subramaniam memaklumkan, tiada sebarang jawapan dan penyelesaian sehingga kini selain terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak.
Dalam pada itu, Rozman turut menjelaskan, pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan tersebut sejak Oktober tahun lalu.
Tambah beliau, siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit sedang berjalan dan bakal berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.
“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama diberikan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perodua
#kereta rosak
#perodua bezza
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan