awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perokok, lelaki warga emas antara tertinggi hidap tibi di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
10/05/2025
10:15 MYT
Perokok, lelaki warga emas antara tertinggi hidap tibi di Pulau Pinang
Kesan buruk terhadap sistem pernafasan disebabkan tabiat merokok menjadikan individu dalam kumpulan itu lebih mudah terdedah kepada jangkitan. - Gambar hiasan/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Tuberkulosis atau tibi kekal tersenarai antara lima penyakit berjangkit paling tinggi dicatatkan di Pulau Pinang, dengan perokok tegar dan warga emas, khususnya lelaki paling berisiko dijangkiti penyakit itu.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Kesihatan Awam Dr Rozaini Mat Shah berkata ini kerana tahap imuniti badan yang rendah serta kesan buruk terhadap sistem pernafasan disebabkan tabiat merokok menjadikan individu dalam kumpulan itu lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.
"Berdasarkan pemerhatian pada tahun lepas, sebahagian besar kes tibi melibatkan golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan majoritinya dalam kalangan lelaki, khususnya lelaki Melayu.
"Melalui data yang diperoleh, kita dapat kenal pasti beberapa kumpulan berisiko tinggi dan usaha serta intervensi kesihatan awam akan lebih difokuskan kepada kumpulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2025 di sini hari ini.
Dr Rozaini berkata berdasarkan statistik tahun lepas, 1,273 kes baharu dan berulang penyakit tibi telah dilaporkan di Pulau Pinang berbanding 1,303 kes pada 2023 dengan kadar kematian yang direkodkan 125 kes berbanding 156 kes pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata meskipun data menunjukkan penurunan 2.3 peratus, tibi masih merupakan antara lima penyakit berjangkit utama di negeri ini selain demam denggi, keracunan makanan serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Justeru sebagai langkah berterusan, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan mempergiatkan program pendidikan kesihatan berkaitan tibi secara konsisten di samping menyediakan rawatan di hospital, klinik kesihatan serta klinik respiratori di seluruh negeri.
Dr Rozaini turut menyarankan agar masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai usaha mencegah jangkitan penyakit yang boleh membawa risiko kesihatan.
Mengenai program hari ini, beliau berkata ia diadakan sempena Hari Tibi Sedunia yang disambut pada 24 Mac, bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut serta langkah pencegahan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tibi
#pengakit
#perokok
#warga emas
#pulau pinang
#tuberkulosis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan