MALAYSIA
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
Semakan awal SPRM mendapati hanya beberapa syarikat terpilih dikenal pasti kerap memperoleh projek bernilai tinggi, sekali gus menimbulkan keraguan.
KUALA LUMPUR : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perolehan Tentera Darat Malaysia mendedahkan hanya beberapa syarikat terpilih dikenal pasti kerap memperoleh projek bernilai tinggi, sekali gus menimbulkan keraguan.
Ringkasan AI
Menurut sumber, semakan awal SPRM terhadap rekod perolehan bagi tempoh 2023 hingga 2025 mendapati sebanyak 158 projek perolehan Tentera Darat bernilai melebihi RM500,000 diluluskan, manakala perolehan di bawah RM500,000 pula melibatkan keseluruhan 4,521 projek.
"Bagaimanapun, semakan terperinci termasuk proses profiling terhadap syarikat-syarikat yang menerima kontrak berkenaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya," kata sumber di sini, pada Khamis.
Susulan penemuan awal tersebut, SPRM mempergiatkan siasatan yang bermula sejak 23 Disember lalu, termasuk melakukan semakan terhadap akaun yang disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah berkaitan perolehan.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber, SPRM pada Rabu memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung perolehan projek Tentera Darat tersebut.
Maklumat mengenai individu yang dipanggil bagaimanapun tidak diperincikan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada Rabu, SPRM merakam keterangan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, kira-kira pukul 12 tengah hari berhubung perincian maklumat yang diperolehnya.
Turut dimaklumkan, pada hari sama, pegawai SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan dengan tumpuan siasatan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Chegu Bard sebelum itu mendakwa terdapat aliran tunai besar dikesan dalam akaun bank seorang pegawai serta ahli keluarganya, yang disyaki berpunca daripada syarikat-syarikat yang memperoleh projek ketenteraan.
Ringkasan AI
- SPRM mendapati hanya beberapa syarikat terpilih mendapat projek bernilai tinggi Tentera Darat Malaysia, menimbulkan keraguan.
- Siasatan SPRM bermula sejak 23 Disember lalu, termasuk profiling syarikat penerima kontrak, selepas dapati 158 projek bernilai melebihi RM500,000 dan 4,521 projek di bawah RM500,000.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menjamin siasatan akan dilakukan secara bebas dan profesional, sementara tiga individu dipanggil SPRM untuk keterangan berhubung perolehan projek Tentera Darat.
Menurut sumber, semakan awal SPRM terhadap rekod perolehan bagi tempoh 2023 hingga 2025 mendapati sebanyak 158 projek perolehan Tentera Darat bernilai melebihi RM500,000 diluluskan, manakala perolehan di bawah RM500,000 pula melibatkan keseluruhan 4,521 projek.
"Bagaimanapun, semakan terperinci termasuk proses profiling terhadap syarikat-syarikat yang menerima kontrak berkenaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya," kata sumber di sini, pada Khamis.
Susulan penemuan awal tersebut, SPRM mempergiatkan siasatan yang bermula sejak 23 Disember lalu, termasuk melakukan semakan terhadap akaun yang disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah berkaitan perolehan.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber, SPRM pada Rabu memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung perolehan projek Tentera Darat tersebut.
Maklumat mengenai individu yang dipanggil bagaimanapun tidak diperincikan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada Rabu, SPRM merakam keterangan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, kira-kira pukul 12 tengah hari berhubung perincian maklumat yang diperolehnya.
Turut dimaklumkan, pada hari sama, pegawai SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan dengan tumpuan siasatan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Chegu Bard sebelum itu mendakwa terdapat aliran tunai besar dikesan dalam akaun bank seorang pegawai serta ahli keluarganya, yang disyaki berpunca daripada syarikat-syarikat yang memperoleh projek ketenteraan.
#Kementerian Pertahanan
#tentera darat
#perolehan
#SPRM
#terkini
#projek bernilai tinggi
#Che'gu Bard