awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan perlu dikukuhkan untuk membina negara yang progresif - Jeffrey Cheah

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2022
13:26 MYT
Perpaduan perlu dikukuhkan untuk membina negara yang progresif - Jeffrey Cheah
Ujar Jeffrey, semua rakyat negara ini perlu bersama membersihkan perkara-perkara negatif yang mempengaruhi perbualan tentang agama dan budaya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Untuk membina sebuah negara yang lebih progresif, lebih inklusif dan masa depan lebih mampan, amat penting untuk perpaduan dikukuhkan, kata pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah.
Jeffrey berpendapat, kepelbagaian yang ada merupakan kekuatan yang memperkayakan satu bangsa dan bukan sesuatu yang memecahbelahkan.
Ujar beliau, semua rakyat negara ini perlu bersama membersihkan perkara-perkara negatif yang mempengaruhi perbualan tentang agama dan budaya.
Selain itu, Jeffrey juga menekankan kepentingan untuk perubahan besar-besaran dilakukan terhadap sistem pendidikan negara.
"Jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan membinasakan masa depan anak-anak dan negara ini ke arah yang kemiskinan dan kesengsaraan.
"Dalam era globalisasi, persaingan yang dihadapi oleh anak-anak kita akan datang bukan sahaja daripada pelajar di meja sebelah, tetapi dari jauh di luar sempadan kita," katanya dalam satu tulisan yang disiarkan di akhbar The Star sempenan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Biarpun mengakui bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang sepatutnya dikuasai, Jeffrey tetap bimbang dengan kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak muda negara ini.
Jelas beliau, kurang fasih dalam bahasa Inggeris boleh menjadi halangan utama dalam usaha untuk membina Malaysia yang sejahtera kerana ia merupakan bahasa perdagangan.
Dalam konteks ini, saya prihatin untuk mengetahui bahawa perintah daripada Inggeris di kalangan anak muda Malaysia sedang merosot.
"Malah, semakin banyak bahasa kita fasih, lebih banyak peluang yang boleh kita terokai dalam era globalisasi ini," katanya lagi.
Selain dua perkara tersebut, Jeffrey turut menekankan tentang kepentingan untuk menghapuskan rasuah yang kini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'endemik' di negara ini.
Katanya, bagaimana kanser menyerang badan dari dalam, rasuah ialah satu penyakit yang boleh memusnahkan sesebuah negara dan masyarakat dari dalam dan juga luar.
Dalam tulisannya, Jeffrey turut menyenaraikan beberapa perkara positif yang berlaku sejak 12 bulan lalu antaranya Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).
Jelas beliau, MoU itu membuahkan hasil dengan udang-undang Antilompar Parti yang telah diwartakan serta Rang Undang-undang (RUU) pendanaan politik yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
Topic Berkaitan
#perpaduan
#perkara negatif
#Rasuah
#pendidikan
#bina negara
#progresif
#jeffrey cheah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan