MALAYSIA
Perpaduan rakyat dukung usaha kerajaan laksana program bertaraf dunia

Tiong (tengah) hadir pada majlis perasmian Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) di Banda Hilir, hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini menjadi pendukung kepada usaha kerajaan melaksanakan program bertaraf dunia termasuklah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025), Persidangan Pelancongan Dunia 2025 (WTC2025) serta pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Ringkasan AI
- Perpaduan rakyat pelbagai kaum menyokong kejayaan program pelancongan bertaraf dunia, termasuk WTD2025, WTC2025 dan TMM2026.
- Penglibatan masyarakat dalam aktiviti seni dan budaya menunjukkan semangat kebersamaan, dari murid sekolah hingga persatuan kebudayaan.
- Melaka akan lancarkan Tahun Melawat Melaka 2.0 pada 2026, dengan pengisian lebih menarik sempena sambutan ambang tahun baharu.
"Kalau rakyat semua bersatu padu, kita boleh menganjurkan program bukan sahaja pada peringkat tempatan, malah juga peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita pada WTC2025 di sini hari ini.
Persidangan sehari itu bertemakan Tourism and Sustainable Transformation: Inclusive, Resilient, Regenerative, dengan ucaptama plenari disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) pada tahun depan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Beliau berkata Majlis Pelancaran TMM2.0 akan diadakan bersempena dengan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dengan pelbagai pengisian lebih menarik dan rancak daripada edisi terdahulu.
"Pelbagai pengisian sedang diatur lebih rancak, lebih menarik dan lebih meriah untuk menggamit lebih ramai kehadiran pelancong pada 2026 dan pastinya lebih hebat berbanding tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami