MALAYSIA
Perpaduan ummah strategi selesai isu Palestin - Cikgu Azmi
Cikgu Azmi berkata resolusi persidangan kali ini menekankan keperluan penyelarasan strategik badan-badan antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Perpaduan ummah bukan satu pilihan tetapi kewajipan untuk menyelesaikan isu Palestin yang dijarah rejim Zionis Israel hampir tujuh dekad.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berpendapat, perpaduan umat Islam harus berada di semua peringkat dari segi politik, keilmuan dan ekonomi.
“Para pembentang telah sebutkan tentang bagaimana kita (umat Islam) berpecah, kita tegaskan hal tersebut perlu diberi perhatian,” katanya selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Penyatuan Umat Islam dan Palestin di sini hari ini.
Mohd Azmi berkata, resolusi persidangan kali ini menekankan keperluan penyelarasan strategik badan-badan antarabangsa khususnya dalam kalangan negara dan blok Islam seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bagi merangka tindakan praktikal ke arah pembebasan Palestin.
“Palestin hanya boleh dibebaskan jika kita dapat mengatur strategi yang lebih praktikal; itu harus dilaksanakan oleh blok-blok Islam yang ada,” jelasnya.
Antara yang hadir di persidangan tersebut ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar; Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Hamid Albar dan aktivis serta tokoh-tokoh Islam antarabangsa.
Sejak 7 Oktober 2023, jumlah korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 71,455 orang susulan serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin.
Sementara itu, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, serangan Israel dilaporkan telah meragut 463 nyawa serta mencederakan 1,269 individu.