awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpindahan semua operasi bas ekspres jarak jauh Pudu Sentral ke BTS bermula hari ini

Anthea Yap
Anthea Yap
01/11/2015
10:42 MYT
Perpindahan semua operasi bas ekspres jarak jauh Pudu Sentral ke BTS bermula hari ini
Menurut Ketua Kumpulan Operasi SPAD, Abdul Halim Husain, perjalanan bas ekspres jarak dekat dan bas henti-henti, dikekalkan di Pudu Sentral.
Perpindahan semua operasi bas ekspres jarak jauh koridor utara di Pudu Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), bermula hari ini.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarahkan 545 bas ekspres koridor utara yang beroperasi di Pudu Sentral dipindahkan daripada pusat bandar.
Tinjauan Astro AWANI di Pudu Sentral pada Ahad mendapati beberapa kaunter tiket tidak lagi beroperasi.
Penguatkuasa SPAD mula mengawal sekitar Pudu Sentral sejak jam 8 pagi bagi memastikan pengusaha bas mematuhi arahan perpindahan ke TBS.
Menurut Ketua Kumpulan Operasi SPAD, Abdul Halim Husain, perjalanan bas ekspres jarak dekat dan bas henti-henti, dikekalkan di Pudu Sentral.
Ia termasuk perjalanan daripada Pudu Sentral ke Tanjung Malim, Seremban dan Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kita kekalkannya di Pudu Sentral bagi memberi kemudahan lalu lintas dan kalau kita perhatikan keadaan di sekitar Pudu Sentral agak sesak".
"Dengan perpindahan ini, kita jangkakan dapat mengurangkan keadaan trafik di Pudu Sentral dan memberi ruang kepada orang datang berurus niaga di UTC".
"Kita sedia maklum Pudu Sentral sudah dijadikan UTC dan memberi ruang kepada orang ramai lebih selesa dan mudah beroperasi di situ", katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata SPAD akan terus meningkatkan pemantauan di Pudu Sentral bagi mengekang aktiviti ulat tiket dan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dialami pengguna kawasan itu .
Operasi perkhidmatan bas ekspres jarak jauh di Pudu Sentral mempunyai 51 kaunter pengendalian sendiri dan agen yang diupah oleh syarikat bas.
14 Ogos lalu, spad mengumumkan operasi perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ditamatkan pada hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#Pudu Sentral
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#TBS
#Terminal Bersepadu Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan