GADGETS

Perplexity dalam perbincangan bersama pengeluar telefon untuk sertakan pelayar web Comet secara terbina

Amanz 20/07/2025 | 03:40 MYT
Perplexity memperkenalkan pelayar web baharu bernama Comet yang dilengkapi kecerdasan buatan terbina untuk membantu pengguna melaksanakan tugasan semasa melayari web.
PERPLEXITY, salah satu syarikat memfokuskan kepada kecerdasan buatan, turut telah memperluaskan penawaran mereka meliputi pelayar web baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Perplexity memperkenalkan pelayar web baharu bernama Comet yang dilengkapi kecerdasan buatan terbina untuk membantu pengguna melaksanakan tugasan semasa melayari web.
  • Syarikat itu sedang berbincang dengan pengeluar peranti untuk menyertakan Comet secara terbina dalam telefon pintar, walaupun jenama terlibat belum didedahkan.
  • Comet masih belum dilancarkan secara rasmi untuk mudah alih dan Perplexity kini bersaing dengan syarikat seperti OpenAI yang turut membangunkan pelayar web AI mereka sendiri.


Pelayar web dinamakan Comet berkenaan menyertakan kecerdasan buatan secara terbina, sekali gus memudahkan tugasan pengguna ketika melayari web – serta membolehkan sejumlah arahan dijalankan, dan agen pelayar web akan melaksanakannya untuk pengguna.

Tidak setakat penawaran kepada pelanggan berbayar sahaja, kini Perplexity turut sedang berbincang dengan beberapa pengeluar peranti, untuk menyertakan Comet secara terbina pada telefon pintar yang dijual.

Buat masa ini, jenama telefon pintar berkenaan tidak didedahkan.

Ia juga akan menjadi salah satu cabaran bagi Perplexity untuk yakinkan pengeluar peranti daripada menggantikan Chrome dengan Comet pada penawaran masing-masing.

Perplexity masih belum melancarkan pelayar web mudah-alih Comet secara rasminya, dan hanya menawarkan ia di desktop sahaja.

Dengan perbincangan bersama pengeluar peranti ini, nampaknya Perplexity sudah dalam perancangan ke fasa seterusnya, dalam memastikan mereka mendahului arena ini berbanding pesaing lain, termasuk OpenAI – yang turut sedang membangunkan pelayar web mereka tersendiri. -Amanz







#Perplexity #Comet #pelayar web #kecerdasan buatan terbina