GADGETS
Perplexity juga berminat beli Brave, The Brower Company sebelum bida Chrome
Perplexity pernah cuba membeli Brave dan The Browser Company tetapi gagal mencapai persetujuan harga.
AWAL minggu ini, Perplexity membida $34.5 bilion untuk membeli Chrome daripada Google.
Ringkasan AI
Penawaran yang sangat berani kerana nilai Perplexity sendiri adalah lebih rendah daripada pelayar web nombor satu dunia.
Dalam laporan terkini di The Information, Perplexity sebelum ini melakukan pertemuan degan Brave dan The Browser Company untuk membeli kedua-dua syarikat.
Pertemuan dengan Browser Co yang membangunkan pelayar web Arc dilakukan penghujung tahun lalu.
Kedua-dua syarikat tidak dapat bersetuju mengenai nilai jualan dan perbincangan telah dihentikan.
Bulan lalu pula Perplexity melakukan pertemuan pula dengan Brave dengan mereka menawarkan stok syarikat bernilai $1 bilion untuk mengambil alih.
Sekali lagi persetujuan mengenai harga jualan gagal dicapai dan perbincangan dihentikan.
Pada waktu yang sama, OpenAI juga melakukan pertemuan dengan The Browser Company tetapi persetujuan gagal dicapai.
Pembangun kecerdasan buatan (AI) ingin memiliki pelayar web mereka sendiri bagi mendapatkan data yang diperlukan untuk melatih model baharu.
Ia kemudiannya boleh diintegrasikan kepada pelayar bagi memudahkan carian maklumat. -Amanz
Ringkasan AI
- Perplexity membida $34.5 bilion untuk membeli Chrome daripada Google, walaupun nilai syarikatnya jauh lebih rendah.
- Sebelum ini, Perplexity cuba membeli Brave dan The Browser Company tetapi gagal mencapai persetujuan harga.
- Syarikat AI seperti Perplexity dan OpenAI berminat memiliki pelayar web sendiri untuk mendapatkan data bagi melatih model AI.