GADGETS

Perplexity perkenal pelayar web diintegrasi AI, versi beta seawal minggu hadapan

Amanz 06/06/2025 | 05:00 MYT
Comet akan diperkenal dalam versi beta kepada penguji seawal minggu hadapan, bermula dengan pengguna Windows, diikuti Mac dan Android menjelang akhir tahun ini. -Gambar fail/Reuters
PERPLEXITY merupakan salah satu firma memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan, dan terkenal dengan penawaran mereka untuk carian dikuasakan kecerdasan buatan.


Ringkasan AI
  • Perplexity, firma kecerdasan buatan terkenal dengan enjin carian AI mereka, bakal melancarkan pelayar web tersendiri dinamakan Comet.
  • Comet akan diperkenalkan dalam versi beta kepada penguji seawal minggu hadapan, bermula dengan pengguna Windows, diikuti Mac dan Android menjelang akhir tahun ini.
  • Pelayar ini dijangka mengintegrasikan sokongan AI untuk membantu pengguna melayari web dan menyelesaikan tugasan berulang dengan lebih mudah dan efisien.


Tidak setakat itu, dalam mencapai lebih ramai pengguna, mereka turut akan memperkenalkan pelayar web tersendiri, dinamakan Comet.

Berkongsi berkenaan dengannya, pembangunnya mengatakan Comet bakal diperkenalkan dalam bentuk beta kepada para penguji seawal minggu hadapan.

Penawaran ini akan hadir untuk pengguna Windows terlebih dahulu, dan seterusnya untuk Mac.

Di samping itu, Perplexity turut menyasarkan pengenalan pelayar web mereka untuk Android pada tahun ini.

Melalui pelayar web mereka, ia dijangka mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan, dan akan membantu pengguna dalam melakukan sejumlah pelayaran dan menyelesaikan beberapa tugasan berulang dengan mudah.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan minggu hadapan dalam mencuba pelayar web Comet oleh Perplexity ini. -Amanz





#pelayar web tersendiri #Perplexity #enjin carian AI #Comet