MALAYSIA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
PNM akan terus memperluas penggunaan teknologi moden dalam setiap perkhidmatan perpustakaan bagi menyokong pembangunan modal insan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini merasmikan Pusat Pembelajaran Imersif sebagai inisiatif memperkasa pendigitalan khazanah warisan negara dan memperluas akses pembelajaran digital berteraskan teknologi terkini.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah PNM Edy Irwan Zulkafli berkata pembangunan pusat itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan perpustakaan sebagai hab pembelajaran moden dan inklusif, di samping memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju transformasi digital perpustakaan di negara ini.
"Pusat Pembelajaran Imersif ini memperkenalkan penggunaan teknologi seperti realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR), metasemesta, hologram, avatar pustakawan, skrin LED melengkung, panel interaktif, Robozone serta AR Photobooth bagi menyokong kaedah pembelajaran yang lebih interaktif dan berimpak tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan pusat itu yang dibangunkan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2025, dengan pelaksanaan projek bermula pada 15 Mac 2025 dan siap sepenuhnya pada 28 Nov 2025.
Edy Irwan berkata inisiatif di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) itu juga bertujuan memperkasa literasi digital dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan penggunaan teknologi sebagai medium memupuk perpaduan nasional melalui program pembelajaran yang lebih komprehensif dan bersepadu.
Beliau berkata PNM akan terus memperluas penggunaan teknologi moden dalam setiap perkhidmatan perpustakaan bagi menyokong pembangunan modal insan, selain memastikan peluang pembelajaran berasaskan teknologi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan.
Sementara itu, pengunjung PNM, Mohd Amir Saari, 34, menyifatkan pusat berkenaan sebagai satu pembaharuan yang signifikan terhadap konsep perpustakaan konvensional.
"Pada pandangan pertama, pusat ini memberi pengalaman yang sangat berbeza. Kebiasaannya perpustakaan dikaitkan dengan buku ilmiah semata-mata tetapi konsep yang dibawa di sini sesuatu yang baharu, terutamanya bagi kami yang sering mengunjungi perpustakaan," katanya.
Beliau berkata penggunaan teknologi baharu, khususnya elemen permainan digital bukan sahaja menarik malah berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada pengunjung terutamanya generasi muda yang dekat dengan teknologi.
Selain itu, Amir berkata pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi juga membuka ruang kepada penerokaan ilmu yang lebih luas dan tidak terhad kepada buku semata-mata.
"Menariknya, pusat ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan remaja malah memberi nilai tambah kepada golongan dewasa. Ini menunjukkan pendekatan yang inklusif dan relevan kepada semua lapisan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PNM merasmikan Pusat Pembelajaran Imersif untuk memperluas akses pembelajaran digital dengan teknologi terkini.
- Inisiatif ini bertujuan memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju transformasi digital, memperkasa literasi digital, dan menyokong perpaduan nasional.
- Pengunjung menyifatkan pusat tersebut sebagai pembaharuan signifikan terhadap konsep perpustakaan konvensional, memberikan pengalaman yang berbeza dengan pendekatan inklusif dan relevan kepada semua lapisan masyarakat.