awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persaingan jalur lebar: TM, TIME 'bergaduh' di Facebook

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
01/04/2016
23:27 MYT
Persaingan jalur lebar: TM, TIME 'bergaduh' di Facebook
Persaingan membekalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dimulakan oleh TIME yang lebih awal memperkenalkan pakej 500Mbps - Foto fail
SINDIRAN terhadap pesaing merupakan teknik pemasaran yang biasa dilakukan dalam arena perniagaan.
Kali ini, dua pembekal perkhidmatan jalur lebar tempatan, TIME Internet dan TM terlibat dalam ‘pergaduhan’ di Facebook.
Semuanya bermula apabila TIME mengirim status ini pada laman Facebook rasmi syarikat tersebut:
Foto Facebook/TIME Internet
Foto Facebook/TIME Internet
(Hello TM. Anda terlambat sedikit menyertai pesta ini tetapi kami tetap gembira anda ada di sini)
Kiriman tersebut dilihat sebagai sindiran oleh TIME yang lebih awal mengumumkan produk jalur lebar mereka yang mencapai kelajuan 500Mbps berbanding TM.
Sindirian TIME disahut oleh TM di ruang komen:
Foto Facebook/TIME Internet
Foto Facebook/TIME Internet
(Hai TIME. Terima kasih! Tapi macam mana nak berpesta dengan anda jika ke mana-mana saya pergi, tidak ada TIME)
Komen tersebut merujuk kepada liputan TIME yang kurang meluas berbanding TM.
Enggan mengaku kalah, TIME membalas komen tersebut dengan memberi gambaran bahawa mereka merupakan syarikat yang lebih berdikari dalam membangunkan kemudahan jalur lebar:
Foto Facebook/TIME Internet
Foto Facebook/TIME Internet
(Maaflah, bos. Kami sedang cuba yang terbaik. Kami tidak ambil duit pembayar cukai sebanyak RM1.4 billion untuk perkenalkan jalur lebar begitu sahaja seperti anda. Kami labur duit sendiri, jadi hidup ini bukanlah mudah)
TM mengambil langkah pertama untuk ‘berdamai’ dengan komen yang lebih tenang:
Foto Facebook/TIME Internet
Foto Facebook/TIME Internet
(Jalur lebar berkelajuan tinggi untuk negara, untuk semua pemain industri. Kami bangga dengan peranan unik untuk membina Malaysia yang lebih baik. Mari bina bersama-sama)
Salam perdamaian TM disambut baik oleh TIME yang masih mengekalkan unsur humor dengan menyertakan video muzik Together Forever nyanyian bintang pop antarabangsa 80-an, Rick Astley:
Foto Facebook/TIME Internet
Foto Facebook/TIME Internet
(Anda betul dan kami setuju. Mari bina Malaysia yang lebih baik bersama-sama. Sertai kami dengan menawarkan 100Mbps sebagai kelajuan minimum. Itu pasti hebat)
Topic Berkaitan
#Internet
#Internet jalur lebar
#TIME
#TM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan