awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan belia perlu sedarkan golongan muda daftar pengundi

Bernama
Bernama
10/10/2017
01:40 MYT
Persatuan belia perlu sedarkan golongan muda daftar pengundi
SARAVANAN: Di Malaysia terdapat lambakan persatuan yang sangat aktif dan mempunyai bilangan anggota yang ramai, oleh itu mereka ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda pentingnya mendaftar sebagai pengundi. - Gambar fail
Persatuan belia di negara ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai pentingnya mendaftar sebagai pengundi, kata Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Datuk M. Saravanan.
Beliau berkata tanggungjawab memberi kesedaran kepada golongan berkenaan yang masih belum mendaftar sebagai pengundi bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, malah persatuan belia turut perlu memainkan peranan mereka.
"Saya menyeru kepada persatuan belia kerana di Malaysia terdapat lambakan persatuan yang sangat aktif dan mempunyai bilangan anggota yang ramai, oleh itu mereka ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda pentingnya mendaftar sebagai pengundi.
"Ini seharusnya menjadi tanggungjawab kepada individu untuk mendaftar sebagai pengundi namun persatuan belia perlu berusaha memberi pendedahan supaya golongan belia mendaftar sebagai pengundi," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Pada Ahad, Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dipetik sebagai berkata beliau melahirkan rasa sedih apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan lebih empat juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi dengan majoritinya golongan muda berusia 21 tahun.
Terdahulu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Karnival Deepavali 2017 anjuran Pemuda MIC Negeri Sembilan di sini.
Turut hadir Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan S. Shanmugam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daftar
#M Saravanan
#MIC
#pemuda
#pengundi
#persatuan belia
#pilihan raya
#Salleh Said Keruak
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan