MALAYSIA
Persatuan, komuniti diseru perbanyak program perpaduan kaum di Putrajaya
Mohd Zulhelmi menyampaikan ucapan pada Malam Perpaduan MADANI sempena Hari Deepavali 2025 di Putrajaya, 22 Nov 2025. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Semua persatuan, pertubuhan dan komuniti diseru memperbanyak aktiviti perpaduan bagi memastikan keharmonian penduduk di Putrajaya terus terpelihara.
Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen dan Kabinet) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Mohd Zulhelmi Syaffudin Tan berkata Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara perlu menjadi contoh dalam memupuk semangat kebersamaan, justeru semua persatuan, pertubuhan dan komuniti disaran memainkan peranan lebih aktif menganjurkan program yang menghimpunkan pelbagai kaum.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Perpaduan MADANI sempena Hari Deepavali 2025 anjuran Persatuan Putrajaya dan Cyberjaya Malindian (PCMA) di sini semalam.
Mohd Zulhelmi turut menyampaikan ucapan dan salam mesra Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa kepada warga PCMA, atas ketidakhadiran beliau ke majlis itu susulan dalam kerangka lawatan kerja rasmi ke tiga negara Afrika bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir Presiden PCMA Datuk V. Murugiah dan lebih 200 warga PCMA.
Pada majlis itu golongan orang kurang upaya dan B40 turut menerima sumbangan bantuan barangan.
-- BERNAMA