Raja Permaisuri Agong yang juga Penaung Diraja Pandu Puteri Malaysia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar bertitah Persatuan Pandu Puteri banyak mengajar baginda untuk menjadi seorang pemimpin sepanjang 50 tahun menyertai persatuan itu sejak 1969.
Tunku Hajah Azizah bertitah sepanjang tempoh itu, baginda berkhidmat kepada lapan Permaisuri Agong, lapan pesuruhjaya dan menjadi Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia kepada empat isteri Perdana Menteri yang selalunya dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota Pandu Puteri yang banyak mendidik serta mengajar saya untuk menjadi seorang pemimpin.
"Melalui Persatuan Pandu Puteri saya banyak buat kawan di seluruh dunia," titah di Majlis Perasmian Sambutan Hari Peringkat Sedunia 2019 Peringkat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.
Turut berangkat Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama isteri Menteri Besar Kelantan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Datuk Jeyadhevi Subramaniam.
Permaisuri Agong bertitah Persatuan Pandu Puteri merupakan satu keluarga besar buat diri baginda.
"Ini semua anak-anak dan adik beradik saya. Saya akan terus berkhidmat kepada Persatuan Pandu Puteri untuk membawa persatuan ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan di peringkat dunia.
"Apabila anda menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri anda mempunyai masa hadapan yang cerah," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 22 2019
Raja Permaisuri Agong pada gimik perasmian Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2019 Peringkat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di IPG Kampus Kota Bharu Pengkalan Chepa malam tadi. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Mohd Isa dedah perangai bekas pegawai khasnya
Isa berkata Muhammad Zahid seorang yang suka lompat-lompat parti dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan tengkuknya.
Persatuan Pandu Puteri banyak ajar saya jadi pemimpin - Permaisuri Agong
Permaisuri Agong bertitah Persatuan Pandu Puteri merupakan satu keluarga besar buat diri baginda.
Berkhidmat kepada rakyat dengan baik - Ismail
Beliau berkata penjawat awam juga harus sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan rakyat.
Doktor Malaysia warga ke-5 tertinggi berkhidmat di UK
Setakat September tahun lalu, seramai 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat sepenuh masa di Britain, lapor media tempatan, Daily Mail.
"Kejujuran menjadi prinsip kepimpinan saya" - Taib Mahmud
Beliau tidak mempunyai rancangan buat masa ini untuk berkongsi pengalaman sebagai Ketua Menteri Sarawak dengan menulis buku.