awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM

Bernama
Bernama
01/04/2023
01:00 MYT
Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia berkata, jaminan kerajaan bagi menyelesaikan isu doktor kontrak sekurang-kurangnya memberi harapan kepada doktor dan keluarga mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun disambut baik oleh persatuan perubatan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai berkata mereka memahami mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan tetapi buat masa ini, eksekutif boleh meneruskan langkah yang lebih mudah dicapai.
"Selain daripada kekurangan jawatan tetap, terdapat banyak isu lain yang menimbulkan kekecewaan dalam kalangan tenaga kerja penjagaan kesihatan awam yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan untuk menyelesaikannya sekarang kerana beberapa isu tidak memerlukan komitmen kewangan untuk diselesaikan," katanya dalam kenyataan semalam.
Dr Muruga berkata ini termasuklah bagi memastikan waktu kerja yang lebih munasabah untuk keseimbangan kehidupan kerja, ketelusan dalam kriteria pemilihan jawatan tetap, memastikan laluan kerjaya yang betul dan menambah baik persekitaran kerja dengan menghapuskan buli.
Beliau berkata MMA bimbang lebih banyak peletakan jawatan terjadi dalam masa yang sama kerana sesetengah doktor kontrak mungkin tidak sanggup menunggu tiga tahun lagi.
Pada Rabu, Anwar memberi jaminan kepada doktor kontrak bahawa 1,500 daripada mereka akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun ini dan kerajaan memerlukan tiga tahun lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi Bernama berkata jaminan kerajaan bagi menyelesaikan isu doktor kontrak sekurang-kurangnya memberi harapan kepada doktor dan keluarga mereka yang terlibat.
"Buat masa ini, kami belum dimaklumkan mengenai strategi dan pendekatan yang dicadangkan kerajaan sebab perkara (melibatkan) perjawatan ini kompleks serta telah lama berlarutan," katanya menambah pihak Kementerian Kesihatan perlu memberikan perancangan jelas bagi meyakinkan doktor kontrak dan penuntut perubatan.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan jaminan kerajaan melantik 1,500 perjawatan tetap pada tahun ini sebagai penyelesaian jangka pendek dan mencadangkan kerajaan meneliti perkadaran pelantikan itu dengan bilangan doktor kontrak sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doktor Kontrak
#MMA
#jawatan tetap
#Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan