awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Peruncit Bumiputera sifatkan langkah kerajaan 'memberi nafas lega'

Dagang News
Dagang News
16/08/2021
00:40 MYT
Persatuan Peruncit Bumiputera sifatkan langkah kerajaan 'memberi nafas lega'
Semua pemain industri perniagaan juga dinasihatkan agar mengambil pendekatan serius tentang pematuhan SOP. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menyifatkan langkah kerajaan membuka sektor ekonomi 'memberi nafas lega' terutamanya kepada peniaga bumiputera yang amat terkesan dan menanggung kerugian besar akibat penutupan sektor ekonomi disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara.
Presidennya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan memberikan kemudahan pembukaan semula ekonomi bagi sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021.
Menurut beliau, pihaknya gembira kerana kemudahan ekonomi itu terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri haruslah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
‘’BRO menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kementerian terlibat antaranya MITI dan KPDNHEP di atas pengumuman cukup bermakna ini.
‘’Kami akan memastikan pematuhan Operasi Prosedur Standard (SOP) akan dipertingkatkan serta diperbaiki dan semua kakitangan mendapatkan vaksinasi COVID- 19 yang lengkap,’’ katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Ameer berkata, semua pemain industri perniagaan juga dinasihatkan agar mengambil pendekatan serius tentang pematuhan SOP dan memastikan semua pekerja ekonomi mendapatkan vaksinasi lengkap.
Artikel asal disiarkan di DagangNews.
Topic Berkaitan
#peruncit
#nafas legas
#PPN
#sektor ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan