Seramai 135,761 murid Tahun Satu melangkah ke alam persekolahan bagi tahun 2018 hari ini di Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan.
Menurut Takwim Penggal Persekolahan 2018, keempat-empat negeri berkenaan dikategorikan sebagai Kumpulan A yang memulakan sesi persekolahan hari ini manakala negeri-negeri lain di bawah Kumpulan B memulakan sesi persekolahan esok.
Di JOHOR, 56,576 murid memasuki Tahun Satu dan daripada jumlah itu, 38,069 merupakan murid Sekolah Kebangsaan, 16,222 murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan 2,285 di SJK Tamil.
Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata kesemua murid berkenaan ditempatkan di 2,022 kelas.
"Seramai 47,579 pelajar pula memasuki Tingkatan Satu tahun ini melibatkan 232 sekolah menengah dan 1,525 kelas," katanya.
Di TERENGGANU, 20,631 murid Tahun Satu memulakan hari pertama sesi persekolahan 2018 di 352 sekolah rendah seluruh negeri itu.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin berkata daripada jumlah itu, 10,370 ialah murid perempuan dan 10,261 murid lelaki.
"Bagi Tingkatan Satu pula, ia melibatkan 19,759 pelajar di 150 sekolah menengah seluruh Terengganu.
"Alhamdulillah hari pertama persekolahan hari ini berjalan lancar meskipun terdapat beberapa kawasan dilanda hujan sejak malam tadi," katanya.
Terdapat 489 guru berkhidmat bagi prasekolah, 11,632 guru di sekolah rendah dan 10,462 guru di sekolah menengah di seluruh Terengganu.
Di KEDAH, 30,409 murid Tahun Satu mula bersekolah hari ini.
Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan negeri Abdullah Abdul Manaf berkata ia melibatkan 8,361 murid di daerah Kuala Muda/Yan, Kota Setar, (5,799), Kulim/Bandar Baharu (5,080), Kubang Pasu (3,471), Baling/Sik (3,290), Langkawi (1,678), Pendang (1,626) dan 1,104 di Padang Terap.
"Semuanya berjalan lancar hari ini dan pegawai-pagawai jabatan sentiasa memantau agar tiada sebarang masalah berlaku," katanya.
Di KELANTAN, 28,145 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di 418 sekolah rendah, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Muhammad Zahari Othman.
Beliau berkata selain itu, 13,376 murid prasekolah dan 28,961 pelajar Tingkatan Satu turut memulakan persekolahan hari ini.
"Kesemua 29,626 guru sekolah rendah dan menengah di negeri ini akan terus menggalas tugas membimbing dengan penuh komited termasuk dalam soal menjaga disiplin pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2018
Murid-murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu, berjalan menuju ke kelas pada hari pertama persekolahan hari ini. --fotoBERNAMA
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan kononnya Ahli Parlimen pembangkang dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
Kanak-kanak 8 tahun cedera jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dipercayai menjadi mangsa buki anak-anak jiran di Hulu Langat, Kajang baru-baru ini.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Iran nafi diserang Israel, anggap ia propaganda Barat
Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti mana yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini.
Penerbit filem Star Wars dinobat selebriti terkaya Amerika Syarikat
Hasil penjualan Syarikat Lucas Film kepada Walt Disney Co sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM17 bilion) pada tahun 2012 adalah antara sumbangan terbesar kepada kekayaan beliau.
Wushu Malaysia pulang tanpa pingat Sukan Asia 2018
Timbul persoalan sama ada pasukan tersebut perlu diberi peluang dihantar atas kategori A (perbelanjaan ditanggung sepenuhnya) pada kejohanan akan datang.
5 sebab skuad Jerman pulang awal ke halaman sendiri
Kekecewaan menyelubungi setiap pemain dan petugas skuad Jerman yang tidak menjangkakan ianya berakhir penuh memalukan.
Ciri VR Stadium Astro bawa pengalaman menonton Piala Dunia 'di stadium'
Ketika ramai yang akan terpaku depan televisyen, Astro tawarkan pengalaman menonton secara langsung Piala Dunia seperti berada di dalam stadium dengan ciri 'virtual reality'.
Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018
Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaru untuk model tahun 2018 hari ini.
Siapa cakap tak laku? iPhone X cecah jualan lebih 50 juta unit!
Setakat tiga bulan pertama tahun ini sahaja, iPhone X capai jualan 16 juta unit sekaligus muncul telefon pintar dengan jualan tertinggi.
F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan
Kelibat gadis-gadis litar yang cantik dan seksi tidak akan lagi ditampilkan pada perlumbaan Formula 1 bermula musim 2018.
Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan
Jumlah pengguna Internet meningkat kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.
Pilihan raya presiden Mesir pada Mac
Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan Mesir (NEC) mengumumkan pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 ke 28 Mac 2018.