Persempadanan semula belum tentu beri kemenangan kepada BN - IDE

Hafiz Marzukhi
Januari 3, 2018 09:29 MYT
Mohammad Redzuan berkata, persempadanan semula tidak semestinya memberi kemenangan kepada BN.
Syor persempadanan semula pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak semestinya memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata ini kerana cadangan tersebut hanya melibatkan 'andaian di atas kertas'.
"Jika dilihat kepada data pengundi, memang secara keseluruhannya, persempadanan ini memberi kelebihan kepada BN.
"Namun, harus diingat bahawa dinamik politik pada 2013 dan kini adalah berbeza," katanya pada sidang media Kajian Persempadanan Semula PRU dan Kesan terhadap PRU14 oleh Institut Darul Ehsan (IDE) di Auditorium Institut Darul Ehsan
Oleh itu, Mohammad Redzuan berkata kesimpulan yang diperolehi daripada analisis persempadanan semula patut digunakan parti-parti politik pembangkang untuk merangka strategi.
"Apabila mereka sedar dengan perubahan ini, mungkin mereka boleh mengolah pendekatan untuk meraih sokongan pengundi," katanya.
#Barisan Nasional #BN #IDE #Institut Darul Ehsan #Mohammad Redzuan Othman #pembangkang #persempadanan semula #PRU14 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya