Persiapan LIMA 2023 lancar - Mohamad

Irfan Faruqi
Januari 10, 2023 10:57 MYT
LIMA juga menjadi medium untuk diplomasi pertahanan strategik dengan kehadiran ramai menteri pertahanan negara lain terutama rantau Asia Tenggara. - Gambar fail/ Bernama
SUBANG: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) yang dijadualkan pada Mei 2023 mendapat respons menggalakkan daripada pemain industri yang akan menyertai acara itu nanti.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata 80 peratus daripada 600 jemputan untuk pameran berkenaan sudah memberi maklum balas, selain dua daripada enam jemputan bagi pertunjukan aset tentera udara mengesahkan penyertaan, termasuk Malaysia.
LIMA 2023 | Bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran
"LIMA ini merupakan pertunjukan udara dan maritim terbesar rantau ini. Kita perlu teruskan LIMA ini bukan sahaja untuk kita melihat aset-aset daripada pengeluar, malah untuk bertemu dengan pemain industri," katanya semasa mengadakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Subang, pada Selasa.
Mohamad berkata, LIMA juga menjadi medium untuk diplomasi pertahanan strategik dengan kehadiran ramai menteri pertahanan negara lain terutama rantau Asia Tenggara.
#Mohamad Hasan #Kementerian Pertahanan #LIMA23 #persediaan LIMA